Friday, 30 September 2011

Raja Segala Hari

Hari ni hari Jumaat, ia raja segala hari. Syukur kepada Allah kerana masih berpeluang melalui penghulu segala hari ni. Selalunya mood dan tahap keceriaan saya tahap optimum pada hari Jumaat. Harapnya ia bukan kerana tibanya hari Jumaat bermakna hujung minggu 'is around the corner'..hehe..

Antara signifikan hari Jumaat yg saya ingat adalah,
-hari kiamat berlaku 

Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus ra. Berkata , Rasulullah SAW bersabda : 


“Sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari Jumaat, di dalamnya terjadi Nabi Adam as, dan pada hari itu juga beliau wafat, dan pada hari itu juga akan ditiup sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk. Maka perbanyakanlah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku.”


-solat Jumaat dan waktu doa mustajab, 
Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan.

“Barang siapa yang pergi ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu pertama, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor unta. Dan siapa yang pergi pada saat kedua, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor lembu. Siapa yang pergi pada saat ketiga, maka seolah-olah dia telah pergi mengorbankan sekor biri-biri. Siapa yang pergi ke masjid pada saat keempat, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor ayam. Dan siapa yang pergi ke masjid pada waktu kelima, maka seolah-olah telah menghadiahkan sebiji telur. Kemudian apabila imam telah, maka ditutuplah pintu cacatan, diletakkan pena dan berkumpullah para malaikat di sisi mimbar untuk mendengarkan khutbah. Siapa yang datang selepas itu, maka ia hanya datang untuk hak solat sahaja , dia tidak memperoleh apa-apa keutamaan” (HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).

Mari bykkan beristiqfar dan berselawat ke atas Nabi.


Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

“Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : 

“Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)

Saya nak terus sucikan hati. Alhamdulillah, sekarang saya semakin faham erti kebergantungan kepada Allah. Saya bersyukur kerana dipertemukan dgn kawan2 yg berjiwa mulia. Memang betul rakan2 yg baik umpama minyak wangi, kehadiran mereka menaikkan semangat diri. Mereka tak menyebabkan kita keluh kesah. Saya dah tak kisah jika dilontarkan mcm2 tuduhan kerana saya yakin kawan yg baik akan kenal siapa saya dan tak akan menuduh melulu. Dalam menjaga hubungan sesama manusia, saya cuba semampu mungkin. Saya tetap menganggap semua orang baik dan saya yg banyak kekurangan. Saya nak fikir dan ucapkan yg baik2 saja. 


Memang pengalaman hidup membuatkan saya semakin matang dlm berkawan. Saya perlu berhati2 memilih sahabat kerana saya tak boleh baca hati orang.  Namun begitu saya tahu isi hati saya dan Allah tahu apa dlm hati saya. Tak mungkin saya boleh melarikan diri dari radar Allah. Justeru, takutkan Allah adalah cara yg paling baik. Berazam utk buat apa yg Allah suka. Sangka baik, bykkan beristiqfar, jgn mengandu domba, ikhlaskan hati, perbaiki amalan-terutamanya solat dan hormati org lain. Saya yakin kebenaran 'will prevail', insya-Allah. Saya tak perlu buat apa2, serahkan sahaja kepada Allah kerana Allah yg menguasai segala2nya.


Semoga keberkatan hidup kita bertambah. Semoga beroleh keselamatan di dunia dan di akhirat hendaknya, insya-Allah.


Monday, 26 September 2011

Ilmu & Wallpaper

Menarik juga slot ceramah kat ikimfm.my hari ni. Penceramah bercakap perihal ilmu. Saya suka dan mahu ilmu yg bertambah dari semasa ke semasa. Kalau sehari berlalu tanpa sebarang ilmu yg baru, saya rasa sgt rugi.

Selepas mendgr ceramah ni saya faham yg bukan setakat bertambah, ilmu perlu diapplikasi dlm kehidupan seharian. Kalau tak ia akan jadi 'wallpaper'. Hanya dapat dipandang. Semakin lama semakin pudar. Akhirnya, ia perlu diganti dgn 'wallpaper' yg baru. Satu pembaziran sahaja padahal pelaburan utk mendapatkan ilmu adalah pelaburan yg walaupun memerlukan kos yg tinggi (wang, masa, pengorbanan), ia hampir 100% menjanjikan pulangan yg positif. Orang yg bijaksana berbeza dgn orang yg cerdik di mana org yg bijaksana akan mengamalkan apa yg dia tahu.

Jom kita jadi org yg bijaksana, jom applikasikan ilmu yg ada.

Thursday, 22 September 2011

Time

‎"Imagine there is a bank account that credits your account each morning with $86400. It carries over no balance from day to day. Every evening, the bank deletes whatever part of the balance you failed to use during the day. What would you do? Draw out every cents of course? Each of us has such a bank. Its name is TIME. Every morning it credits you with 86400 seconds. Every night, it writes off as lost, whatever of these you have failed to invest to a good purpose. It carries over no balance. It allows no overdraft. Each day it opens a new account for you. Each night it burns the remains of the day. If you fail to use the day's deposit, the loss is yours. There is no drawing against 'tomorrow'. You must live in the present of today's deposit. Invest it so as to get from it the utmost in health, happiness and success. The clock is running. Make the most of today." so what have you achieved today?


(credit to Sakinah Omar)


Betul jugak statement adik ni...emmmm..a good reminder for me :)

Wednesday, 21 September 2011

Love

Bismillah: Imam Ahmad Ibn Hanbal [rahimullah] said :“If You Desire Allah to be persistent in granting you the thing you love, be persistent in doing the things He Ta’ala loves”.

ALLAH LOVES:
*those who do good deeds [2:195]
*those who ask Him for forgiveness [2:222]
*those who purify themselves [2:222]
*those who are Allah-fearing [3:76]
*those who are steadfast [3:146]
*those who trust Him [3:159]
*those who act justly [5:42]
*those who strive for His cause [61:4]
*those who follow His Prophet Muhammadﷺ (pbuh) [3:31]

ALLAH DOES NOT LOVE:
*the aggressors (2:190)
*the disbelievers (3:32)
*those who inflict injustice (3:57)
*evil (5:64) and evil doers (2:205)
*those who are arrogant (4:36)
*those who spend lavishly (6:141)

[4:124] "As for those who lead a righteous life, male or female, while believing, they enter Paradise; without the slightest injustice."

Friday, 16 September 2011

Iman Nawawi

Sedikit coretan tentang imam nawawi..

'Nama sebenar : Abu Zakaria Mohiuddin
Nawawi : merujuk kpd tempat lahir, Nawa, dekat Damascus
Lahir dlm tahun 631, bapanya seorang yg sgt alim dan 'virtuous'

Ketika kanak2 lain berumur 10 tahun sebaya Imam Nawawi asyik menghabiskan masa bermain2, Imam Nawawi sibuk dan asyik membaca Al-Quraan.

Dibawa oleh bapanya utk mendalami ilmu agama ke Damascus. Menimba ilmu dalam keadaan serba kekurangan. Tapi tetap mampu cemerlang.

Used to read 12 lessons and write explanations and commentary of every lesson everyday. Had devoted all his time for learning and scholarship. Make full benefits of 'kurniaan Allah - fast memory and deep thought' and had earned the highest degree of honour.

Respected for his piety, learning and excellent character. Used simple dress and ate simple food.

Died at the age of 45 but had written a large number of books on different subjects.'

Lihatlah kawan2 kecemerlangan a muslim scholar. Muslims scholars were excellent in all aspects - character, spiritual, EQ, IQ etc. To me, Imam Nawawi is one of them. Truly a scholar.

Kenapa kita tak 'study' dan 'publish' tentang 'muslim scholars' ni utk dijadikan contoh(role model) dan sumber inspirasi kepada kita, terutamanya kepada pencinta2 ilmu melayu.

Jom mencemerlangkan diri sebaik dan semampu yg mungkin.

Wednesday, 14 September 2011

Kita Berbeza

Pernahkah anda rasa hairan dengan sikap dan cara seseorang? Pernah kan! Dari semasa ke semasa kita akan berjumpa dengan individu yang cukup berbeza dari segala segi dengan kita. Atau kita juga akan menyaksikan bagaimana sikap sesorang berubah atau kita rasakan berbeza daripada tanggapan kita selama ini. Apa reaksi kita?

Saya suka melihat nya dari sudut yang positif. Pertama, perbezaan tersebut membuatkan hidup kita berwarna-marni. Setiap hari kita alami slot2 kehidupan yg berbeza2. Menarik kan. Yelah, ada yg suka gelak kuat2, ada yg suka senyum sahaja, ada yg pantang ditegur atau dikomen, ada yang 'cool', ada yg 'short-tempered', ada yg terlebih 'emosional, dan macam2 lagi. Pada pandangan saya tak perlu kita 'expect' orang lain akan ubah cara mereka mengikut cara kita kerana setiap kita melalui episod kehidupan yang berbeza2 - cara didikan ibubapa dan di sekolah, alam perekitaran dan lain-lain. Jadi, 'just embrace the differences' dan cubalah untuk lebih memahami orang lain.

Kalau kita tak sesuai atau tiada 'chemistry' dgn individu lain, terima je lah. Saya pasti ada ramai yg mungkin serasi dgn kita. Manusia juga boleh berubah seperti pasir di pantai. Kalau sebelum ni kita sangka individu yg kita jumpa dan berkawan baik dan jujur dgn kita, mungkin satu hari ada insiden yg membuka mata kita dan mengubah pandangan kita daripada 'serasi' kepada 'contohnya - oh tidak...saya tak sesuai berkawan dgn dia ni, saya tak tahan dgn sikapnya etc'. Jangan sedih. Anggaplah ia satu je episod dlm hidup kita - pasti ada hikmahnya.

Yang penting - cubalah semai dan suburkan sifat-sifat baik dalam diri kita. Janganlah suka 'manipulate' orang lain. Tak semua org akan cuba memahami kita dan tidak akan 'hold grudges' kat kita. Dan hidup ni orang kata umpama bola, hari ni mungkin kita mengenakan orang lain (memburukkan, mengata, mengumpat dan ambil kesempatan dan lain2), satu hari mungkin orang lain akan mengenakan kita. Ini ingatan untuk diri saya supaya sentiasa sedar yg Allah tahu apa isi hati kita. Jangan sesekali buat aniaya kat orang. Mari kita cuba memahami situasi orang lain sebelum membuat sebarang 'komen'. Saya yakin kalau kita sentiasa empati 'put ourselves in their shoes' kita takkan sesuka mengungkapkan kata2 yg akan menyakiti orang lain. Kalau kita nak orang lain hormati perasaan kita, kita perlu lebih dahulu sentiasa hormati orang lain.

Sesungguhnya Allah suka orang2 yg baik.

Sunday, 11 September 2011

Wajah Cantik

Memang Lengkap

Saya cukup tertarik dgn mesej daripada video di bawah. Terima kasih kdp seorang sahabat saya yg post video nie kat fb. Suka saya mengaitkan ia dgn konsep yg diwar2kan oleh penulis dan pakar motivasi dan pengurusan barat - start with the end in mind or visualing the end yg bermaksud bila kita nak buat sesuatu bayangkan hasil atau apa yg nak kita capai daripada usaha kita tu. Ia strategi yg cukup mudah tapi berkesan, insya-Allah utk menggerakkan kita supaya kekal gigih, komited dan bermomentum utk berusaha mencapai apa yg kita impikan. Sememangnya islam itu lengkap. Semua dah ada, cuma kita je yg tak cari, baca, faham dan amalkan. Patutla generasi islam terdahulu sgt gemilang, cemerlang dan digeruni pihak bukan islam.

 Bila saya diserang virus 'm' or malas, akan saya tengok dan hayati video ni. Pada saya, ia anti-tod utk virus 'm' ni.

Thursday, 8 September 2011

Buttersquash

Saya yakin ramai yg tahu makanan yg berwarna terang mengandungi banyak beta-carotene. Contohnya labu. Labu masak lemak cili api...sedaapnya. Saya akan tersenyum2 puas setiap kali makan sayur labu. Saya cukup suka makan labu ni dan kalau tak silap Nabi Muhamad s.a.w pun suka makan labu. Kiranya saya tiru nabi la ni....hehe...Tak perlu tiru makanan omputih sebab Allah dah jadikan makanan yg paling sesuai dgn kita ada di tempat kita. Allahu Akbar.

Setakat ni saya belum jumpa labu dijual di supermarket di sini. Agaknya labu-labu kat sini besar mana la ya. Besar kot sampai budak2 guna utk halloween. Kesian kat labu2 tu kan. Yang saya selalu nampak mungkin sedara bau2 bacang labu - buttersquash - bentuknya mcm labu air tp kalernye oren2, sekali pandang macam warna karot susu. Bila rindu nak makan labu, saya belilah buttersquash ni.

Pagi tadi saya masak lemak buttersquash, tak tau la suami saya suka makan sayur ni ke tak, tak sempat tanya..hehe...saya masukkan dua biji je lada, tapi dah terasa pedasnya. Rasanya okeylah, walaupun tak seenak labu tapi alhamduillah - sgt menyelerakan. Dah suka kan...

Sekarang ni seronok pulak masak sebab saya dah ada lesung batu. Kena beli lesung batu sebab lesung batu yg ummi belikan utk anak2 perempuan ummi termasuk saya ada kat M'sia. Teruja betul bila jumpa lesung batu kat Aldi minggu lepas. Senang nak tumbuk bahan2 utk menumis. Mudah2an cili2 yg saya beli tu selamat digunakan. Sebelum ni, saya terpaksa buang sebahagian besar cili2 tu sebab dah tak boleh digunakan (perished..hehe). Saya memang tak makan pedas. Muka akan merah padam kalau makan lada...sampai abah panggil saya ni, anak omputih abah..teringat saya kenangan di masjidil haram, saya ikut abah dan ummi mengerjakan umrah...mungkin kat sana panas sket, muka saya selalu merah terbakar sampai ada yg tanya mak saya samada saya ni anak angkat ummi yg berketurunan omputih..hehe..nak tergelak pun ada, tak nampak ke diorg yg hidung saya hidung melayu..hehe...

Dulu2 saya ingat muka saya cepat merah sebab saya ni sgt pemalu...tapi sekarang ni dah tak pemalu sgt pun muka masih cepat merah..mungkin kulit nipis kot...apa2pun saya sgt bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan...sgt2 bersyukur2...semua dah elok. Cuma saya berazam untuk jaga diri dgn lebih baik. Nak mula rutin senaman semula. Bukan susah pun, senaman ringan 10-15 minit pagi dan petang..insya-Allah.

Monday, 5 September 2011

Niatkan Kerana Allah

Dah dua hari saya tak menulis apa2 kat blog nie, masa di hujung minggu saya sgt terisi dgn acara kunjung mengunjung rumah kawan2 sempena hari raya puasa. Kalau difikir2kan masa kita memang banyak kita gunakan utk aktiviti duniawi kan. Macam mana lah nak tambah pahala nie.

Teringat saya satu kuliah agama tentang amalan khusus dan umum. Berapa lama sgt kita 'dedicate' masa kita utk amalan khusus. Sape yg sanggup solat - contohnya rukuk dan sujud berjam2. Paling lama pun kita solat hanyalah mengambil masa 5 minit. Tapi sebenarnya kita boleh dapat saham akhirat daripada amalan umum kita kalau kita niatkan kerana Allah. Niat ni sgt penting. Selalunya 'reward' yg kita dapat bergantung kepada apa yg kita niatkan. Kalau kita niat pergi beraya utk mengeratkan silaturrahim kerana nak dapat keredhaan Allah, saya yakin kita takkan sanggup mengisi masa di jamuan tersebut dgn mengumpat, mengata dan cakap2 bukan2 terhadap org lain, maka, insya-Allah makin selamat dan utuhlah persahabatan kita.

Jom kita niat seperti apa yg kita baca dalam doa iftitah tu - hidupku, matiku, solatku etc hanya kerana Allah.
Bukan senang nak jadi org baik di zaman yg serba mencabar ni sebab org baik takkan membusukkan nama org lain. Dia takkan suka2 hati mengata org. Dia tak kisah kalau tak popular. Kebanyakan kita sgt pentingkan tanggapan orang terhadap kita. Biar nampak bagus, berkaliber, pandai etc. Tapi sebeanrnya yang lebih penting adalah redha Allah.

Walau sesukar mana utk terus berbuat baik, dalam Al-Quran, Allah suruh kita kekal dan teruskan berbuat baik kerana Allah suka org2 yg berbuat baik. Takkan kita tak nak disukai Allah. Apa lagi, jom kita istiqamah berbuat baik, niatkan segala amalan kita kerana Allah. Semoga bertambah2 saham akhirat kita. Mudah2an kita semua mendapat redha Allah.

Thursday, 1 September 2011

Silence is Golden

Apa yg patut kita buat kalau ada yg menuduh anda bukan2? Apa reaksi anda? Pada pandangan saya ia bergantung kepada karektor kita. Ada yg akan tanpa lengah2 mempertahankan diri mereka. Ada juga yg akan hanya berdiam diri.

Saya tergolong dlm kumpulan yg berdiam diri. Buat apa saya nak beria2 pertahankan diri saya. Ia tak penting. Cukuplah Allah yg Mengadili saya. Saya faham larangan dalam agama kita utk mengadu domba dan bersangka buruk terhadap orang lain. Kalau ada kawan2 saya yg dah tersalah sangka kat saya, saya maafkan. Mudah2an satu hari mereka akan tahu siapa yg benar siapa yg salah. Kalau betul2 mereka kawan saya, mereka sudah pasti kenal saya.

Bila mula2 dapat tahu saya telah dilabel macam2, memang saya sedih. Tapi hikmahnya saya dapat kenal siapa kawan dan siapa yg bukan kawan yg sebenar. Kalau tak sampai bila2 saya ingat semua org baik dan ikhlas berkawan dgn saya. Tak sangka ada yg sanggup memburukkan saya utk 'defend' diri nya. Sabar aje lah dgn karenah manusia kan.

Semoga Allah jauhkan sikap bersangka2 buruk daripada saya.