Sunday, 8 January 2012

Sinar 2012

Esok dah masuk minggu ke-2 tahun 2012. Cepat kan? Cuaca kat sini tak sesejuk tahun lepas. Alhamdulillah. Matahari bersinar sekali sekala. Sungguh indah. Lima bulan lagi, umur saya meningkat setahun lagi. Byk soalan utk diri sendiri ni. Antaranya, adakah tahap iman saya makin mantap? Adakah hidup saya lebih tenang dan bahagia? Elok juga kalau saya muhasabah diri.

Hidup ni satu perjuangan, jom berjuang sedaya mungkin. Saya nak tingkatkan usaha, kuatkan semangat dan kentalkan emosi dan akal. Nak ikut cara Nabi Muhamad s.a.w. setakat termampu. Mulakan dgn yg mudah2 dulu seperti solat sunat, bangun malam dan senyum selalu. Yg penting konsisten. Saya juga nak kurangkan makan, tidur dan tengok tv. Tapi bab makan dan tidur tu, kadang-kadang tak dapat nak kawal. Maklumlah org pompuan ni, ada masanya asyik lapar dan mengantuk je.

Kalau dulu2 saya amalkan bersenam 2-3 kali seminggu di gym. Lepas bersenam saya dapati selera makan dan tidur saya terkawal. Sekarang saya dah tak ke gym lagi tapi kalau nak seribu daya kan...pasti ada alternatif. Contohnya saya boleh amalkan 'brisk-walking'. Insya-Allah.

Moga 2012 ni hidup saya lebih bersinar, disinari dgn ketenangan, kebahagiaan dan kejayaan. Bila kita bahagia, kita boleh buat org2 di sekeliling kita rasa bahagia. Saya juga nak cepat2 habis belajar dan balik Malaysia. Dah terbayang2 Malaysia ni :)

No comments:

Post a Comment