Saya sangat hairan mengapa hasad dengki begitu sinonim dalam masyarakat kita, terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Seandainya ada yang dikurniakan Allah rezeki, contohnya naik pangkat, dapat anak, dapat suami yang rajin tolong isteri, dapat isteri yg cantik lawa dan cerdik baik, dapat beli rumah banglo, anak-anak berjaya dan macam2 lagi, tak ramai yang akan tersenyum gembira seikhlas hati. Pasti ada suara-suara yang tidak berpuas-hati. Kenapalah agaknya? Seeloknya kita bergembira kalau ada rakan-rakan kita, jiran-jiran kita, rakan sekerja kita atau sesape sahaja yang dikurniakan Allah rezeki. Rezeki itu kan hak Allah. Kita hanya mampu berusaha. Jadi siapalah kita nak pertikaikan ketentuan Allah. Buat apa nak rasa tak puas hati, kalau kita nak kita kenalah usaha dan banyakkan berdoa. Setiap doa kita Allah pasti makbulkan, kalau bukan di sini, di sana nanti. Di ‘sana’ lebih utama sebab keputusan di ‘sana’ akan kekal abadi.
Tak susah utk biasakan utk rasa seronok bila kawan2 kita dapat rezeki kalau kita sedar bahawasanya setiap yang berlaku adalah ditentukan Allah. Saya pun kadang2 terfikir alangkah bertuahnya si ‘A’, suaminya begitu baik, dan rajin, suka memasak dan jaga anak-anaknya. Alangkah bertuahnya dia. Saya kagum kerana saya yakin nikmat yang dia dapat sekarang ada kena mengena dengan amalan/jasa baik dia. Mungkin dia seorang yang sangat2 baik hati, dia mungkin juga banyak berjasa kepada kedua ibu bapa dan keluarganya, mungkin juga dia sangat hormat dan suka menolong orang2 yang fakir miskin, anak-anak yatim dan orang-orang tua atau mungkin dia sangat sabar orangnya. Pendek kata buat baik pasti akan dibalas baik. Kalau kita baca Surah Al-Imran contohnya, banyak ayat2 yang menyuruh kita berbuat baik. Saya tak berani nak ulas mana2 ayat Al-Quran sebab saya tak layak. Tunggulah bila saya dah mahir berbahasa Arab, (salah satu impian yg nak saya realisasikan) barulah saya ada berani guna ayat2 Al-Quran dalam coretan saya. Saya juga yakin buat baik pasti mendapat rahmat Allah. Yg tak kurang pentingnya adalah bila dah buat baik, janganlah diungkit2. Kalau kita ungkit, tandanya kita tak ikhlas, tak buat kerana Allah. Jangan merungut kalau kita tak rasa dirahmati Allah. Kalau kita jumpa individu yg tak buat baik (saya tak suka guna perkataan negative, patutnya saya tulis individu yg jahat..hehe) kaya raya, senang lenang dan pada mata kita dia dapat byk sungguh nikmat di dunia ni, adakah kita pasti dia betul2 bahagia dan hidup dalam ketenangan. Kawan saya pernah bercerita tentang seorang jutawan Cina yang setiap tahun akan tukar kereta mewahnya. Setiap tahun? Apa dah takde benda lain nak beli ke? Pathetic! Kemungkinan besar dia tercari2 sesuatu yg boleh buat dia bahagia atau rasa ‘a sense of accomplishment’. Kesian saya tengok org2 yg sandarkan kebahagian ke atas harta benda dunia yang akan musnah ni. Memang penuh makna peribahasa Melayu ‘ikut nafsu lesu, ikut hati mati’. Kebahagian yg sebenar, pada pandangan saya adalah mencintai Allah dan yg paling bahagia mendapat cinta Allah.
Dalam hidup ini kita ada banyak pilihan. Ada pilihan yg akan buat kita bahagia, tenang dan gembira. Ada pilihan yang akan buat kita resah dan tak tenang. Kita boleh bahagia sayangkan ahli keluarga kita kalau kita sayangkan mereka kerana mencari cinta Allah. Agaknya sebab tu saya tengok org2 yg alim2 dan dekat dgn Allah, wajah mereka cukup tenang. Saya yakin mereka bahagia.
Tentang pilihan, marilah kita pilih utk berbuat baik kerana Allah, sayang menyayangi kerana Allah dan senang hati sekirannya rakan2 kita berjaya atau murah rezeki. Allah Maha Pemurah, Maha Agung, mohonlah seikhlas hati, rezeki org lain takkan meluakkan sedikit pun rezeki utk kita. Moga kita termasuk golongan yang sentiasa bersyukur. Moga sentiasa dirahmati Allah. Lihatlah ranting2 pokok dalam gambar ni, banyak sungguh kan? Rahmat Allah lagi banyak tau.

No comments:
Post a Comment