Tuesday, 17 January 2012

Fikirkan Hikmahnya

Pernah dengar tak peribahasa ni '..sihat sebelum sakit..'. Cantik kan maknanya. Bercakap tentang sakit, saya pernah terbaca adalah perkara biasa bagi seseorang itu demam sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Jadi jgn sedih2 kalau tiba2 demam. Sabar sahaja sambil berikhtiar, moga Allah sembuhkan sape2 yg sakit. Baru2 ni saya tiba2 demam, rasa mcm teruk jugaklah. Nasib baik suami ada kat rumah. Sekurang2nya saya ada tempat utk minta tolong. Kalau masa bujang bila demam saya akan tidur. Bangun hanya utk solat, minum dan alas perut. Insya-Allah, 2-3 hari dah sihat.

Sebab saya rasa sgt lemah masa demam baru2 ni, asyik bersin tak henti2, saya rasa sungguh insaf bila kembali sihat. Terasa sungguh kerdil diri ni. Saya hanya mampu berikhtiar utk sembuh tapi yg menyembuhkan adalah Allah. Jenuh makan ubat, saya tak rasa badan saya makin sihat, tapi bila hati saya merintih merayu kepada Allah, baru ada rasa nak sihat. Setiap perkara, ada hikmahnya. Saya sedar yg bila demam, sistem immun badan kita akan semakin kuat. Subhanallah. Ia juga peringatan yg berkesan akan kekuasaan Allah.
Moga sape2 yg tak sihat tu bersabar dan terus berikhtiar utk mengubatinya, dan jgn lupa juga utk berdoa agar Allah sembuhkan anda.

No comments:

Post a Comment