Sunday, 15 January 2012

Berbeza itu Realiti

Sejak dua menjak ni payah sungguh utk tidak membuat perbandingan dgn insan-insan hebat yg saya kenal. Mereka rakan2 satu sekolah saya. Bertuahnya saya diberi rezeki mengenali individu2 yg bukan sahaja baik akhlahknya, malah cukup 'humble'. Hati saya selalu berkata. Dia buat itu, bertuahnya dia, dia buat begini...oooohh..bertuahnya dia, emmm...sungguh2 bertuah. Kemudian saya bandingkan pulak dgn kehidupan saya. ooopss...tak boleh citer. Ia membuatkan saya berfikir2 mcm mana nak perbaikinya. Saya boleh ubah diri saya setakat termampu tapi saya takkan cuba ubah org lain. Saya sukakan perbezaan. Ia membuatkan hidup ini lebih mencabar dan menarik. Tidak sekali saya akan banding kehidupan saya dgn org lain. Tetapi mengapa saya berubah. Kenapa sesekali saya terbanding dgn org lain. Memanglah manusia akan berubah. Sekali air bah sudah pasti pantainya akan berubah. Tapi saya nak berubah jadi lebih baik. Macam mana nak kawal minda saya ni. FB membuatkannya lebih sukar kerana setiap kali bukak fb, kawan2 akan 'update' hal kehidupan masing2. Tak dinafikan saya sungguh gembira melihat kehidupan mereka semakin baik. Di usia yg dah nak masuk 4 series ni, kebanyakan rakan-rakan saya dah 'financially sound and stable'. Ni masanya mereka 'pursue' perkara2 yg mereka minat. Masa bukan lagi dihabiskan utk mencari wang dan memperbaiki tahap kehidupan kerana mereka dah ada semua itu. Saya tak heran sgt tentang kemewahan hidup kerana saya dah biasa hidup sederhana. Abah sentiasa berpesan andai Allah bagi byk rezeki, hidup kita biar tetap sederhana. Tak usah nak mewah2, belanja ikut keperluan. Pada akhir 20-an, saya dah  pulun cari rezeki...hehe..maklumlah nak beli keta lah, nak beli rumah lah, nak beli kondo lah..hai mcm2 kehendak org muda..hehe...

Saya bersyukur dgn apa yg Allah bagi. Ketentuan Allah yg terbaik. Semua cukup dan saya nak lalui hidup yg semakin meningkat usia ni utk hal2 yg 'more than physical'. 'Self-satisfaction', 'moral contentment' dan 'giving back to society' adalah antara kesukaan masa kini saya. Saya nak 'embrace' hari2 yg mendatang. Semakin meningkat usia, semakin cantik, lawa anggun...hehe...Saya tak nak lalui hidup saya utk bergaduh dgn org lain, tuduh-menuduh. Dan tidak sesekali saya biarkan diri saya dibuat rasa bersalah. Dalam setiap hal ia melibatkan org lain. Tak adil meletakkan kesalahan semua di atas bahu saya. Makin berat nanti jadinya kehidupan ini. Sabar saya ada hadnya. Kita hanya mampu berusaha, penentuannya hak Allah. Fahami saya, fahamilah apa yg saya lalui. Berat mata memandang, berat lagi bahu ni yg memikul. Saya mungkin tersenyum dan ketawa tetapi itu luaran sahaja. "inner unhappiness' tak kena dgn motto saya utk hidup semakin tua semakin cantik bergaya. Ramai rakan2 saya yg semakin tua semakin 'handsome' dan cantik bergaya. Ia refleksi kualiti hidup mereka. Dan saya tahu mereka dulu2 pulun cari duit dan harta. Sekarang masa utk 'quality and well-balanced life'. Kalau dulu masuk kategori 'below average looking', sekarang dah macam model. Alhamdulillah. I'm very happy for them.

Saya nak hidup harmoni. Boleh bersembang dgn fikiran terbuka. Bergelak ketawa, berjenaka. Seboleh2nya saya akan elakkan menyakiti hati org lain. Kalau tersilap cakap, saya tak akan teragak2 mohon maaf. Saya tak nak hal2 dunia ni 'jeopardise' peluang saya utk kebahagiaan yg hakiki di sana. Jadi tak boleh tangguh2 kalau saya dapati saya ada buat salah dgn org lain. Namun sesekali sesekala saya sedih, sesekala saya kecewa apabila disalaherti dan disalah anggap punca segala kegagalan. Hidup saya sebelum ni dipenuhi kejayaan dan kegembiraan. Kenapa sekarang tidak? Apa yg berubah?  Why complicate life?



Apa2pun, saya takkan lemah. Saya akan bangkit, kembali hidup ceria dgn cara saya. Saya akan cuba 'immune' kan diri saya. Ia perlu. Dan saya dah ada formulanya. Semoga saya boleh lalui kehidupan saya dgn lebih tenang, gembira dan ceria sebab saya nak realisasikan motto saya, semakin tua semakin cantik anggun bergaya.



Semoga Allah ampunkan segala kesalahan saya. Saya anggap ini cabaran hidup. Saya perlu muhasabah diri dan semoga Allah memberi saya petunjuk. Jangan biarkan saya ya Allah. Saya tahu hidup ini sementara dan saya takkan pening2 sgt tentang hal dunia. Be Confident.

No comments:

Post a Comment