Kenapa saya berpendapat seorang wanita muslim sangat bertuah adalah..
Saya petik kata2 syeikh naik yg selalu disiarkan di saluran tv Al-Hijrah 'once married, all affairs/needs of a woman shall be taken care by her husband or son, her food, lodging, clothing etc..'. Bertuah kan, dalam Islam semua keperluan seorang wanita yang dah berkahwin ditanggung oleh suami atau anak lelaki.
Saturday, 29 December 2012
Monday, 17 December 2012
Petua - atasi demam selsema & batuk
Rasanya dah lama saya tak kena demam selsema. Selalunya saya hanya akan demam sahaja. Tapi empat hari selepas kembali ke tanah air baru-baru ni saya terkena demam, selsema dan batuk. Suhu badan saya naik mungkin disebabkan terlebih makan buah durian. Saya pun hairan kerana sebelum ni saya hanya boleh makan beberapa ulas buah durian saja. Kalau makan lebih muka saya jadi merah menunjukkan suhu badan saya tinggi. Tapi entah kenapa sekarang saya boleh makan banyak raja buah ni...saya steady ajer. Tup..tup..saya demam. Terus saya pantang buah durian.
Bila dah demam ni ayahanda saya suruh ambil MC, tapi saya malas nak ke klinik. Hai, bertuah majikan saya. Kurang kos perubatan pekerja..hehe..Saya gagahkan juga ke pejabat. Badan tersangatlah lemahnya plus asyik terbersin, batuk dan selsema. Rasa tak boleh buat satu apa pun. Dugaan. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa saya. Di pejabat, tak banyak yang saya boleh buat kecuali menulis dan membaca sedikit. Kebetulan saya masih belum terima laporan pembetulan yang perlu saya buat.
Alhamdulillah, saya tinggal dgn abah dan ummi yang begitu prihatin akan anaknya. Saya boleh berehat di hujung minggu. Sambil tu saya cuba beberapa petua untuk meredakan demam saya ini. Antaranya,
-minum banyak air masak
-setiap pagi minum segelas air suam + sedikit (sgt sedikit tau) garam
-bila badan dah tak panas sgt, minum segelas air suam + sedikit madu setiap pagi. Madu boleh memanaskan badan tapi ia baik untuk meredakan batuk, jadi ambil air + madu ni bila badan dan kurang panas. Kesannya bukan segera tau, lepas 2-3 hari baru rasa batuk akan reda
-banyakkan rehat, tapi kalau boleh toksah tidur baring memanjang, cubalah juga senama ringan (sapu sampah ke...hehe)
-fikirkan positif, kata kpd diri anda 'saya semakin sihat, semakin sihat..'
Insya-Allah, anda akan sihat, kita berusaha Allah yang sembuhkan..sila cuba ya..

Sunday, 16 December 2012
Apa Yang Dicari?
Ketika
membelek-belek suratkhabar pagi tadi
saya tertarik melihat satu iklan alat komunikasi pintar terkini. Nampak sangat
mengujakan. Saya memang sukakan gajet-gajet ni tetapi sedikit ilmu tentang
pengurusan kewangan yang saya ada membantu saya supaya tidak tergoda dengan
iklan-iklan sedemikian. Alhamdulillah, saya tidak hairan dengan apa jua jenis
model telefon pintar terkini dan saya tidak malu menggunakan telefon model
lama. Kenapa saya perlu ikut sangat dengan perubahan alat komunikasi secara
umumnya dan model telefon pintar secara khususnya. Kalau orang lain sanggup
menghabiskan wang untuk bertukar-tukar telefon, biarkanlah. Ia tak ada kena
mengena dengan saya. Syarikat pengeluar telefon sudah pasti mengharapkan orang
macam saya ni tak ramai..hehe..
Bagi
saya itu semua ‘superficial’. Apa yang lebih penting adalah fungsinya. Ia
hanyalah alat untuk berkomunikasi sahaja.
Macam biasa walaupun komunikasi itu penting, kalau ia tersalah arah, ia
boleh membawa masalah. Sebelum kita terleka dengan pelbagai cara komunikasi
zaman kini seperti laman social dan whatsup sebagainya, cuba kita tanya apakah
faedahnya kita menghabiskan masa dengannya. Apakah kita mengabaikan hal-hal
yang lebih penting seperti menjaga dan mengambil tahu hal ehwal ahli keluarga
kita. Perlukah satu dunia tahu apa yang kita buat tapi ahli keluarga kita langsung tak diberitahu. Bagi saya dalam berkomunikasi, komunikasi dengan ahli keluarga lebih
penting kerana ia berkait rapat dengan tanggungjawab kita. Macam mana kita nak tahu ahli keluarga kita okay kalau kita kita berkomunikasi dengannya. Ia tuntutan
agama. Apa yang dituntut oleh agama kalau diabaikan akan merugikan diri sendiri.
Baru-baru
ni isu penularan bahasa sms di sekolah dibahaskan di media. Ia ‘side-effect’
perubahan dalam cara berkomunikasi. Tiada lagi keindahan bahasa melayu kita. Ia
juga menjejaskan keluhuran adab kesantunan orang melayu. Yelah, sudah tentu
kurang ajar bila seseorang yang asyik dgn telefonnya ketika sedang bercakap
dengan orang lain atau ketika berada di kuliah, ceramah, masjid dan sebagainya.
Berapa ramai ibu bapa dan anak-anak yang lebih banyak menghabiskan masa dengan
telefon pintar dan computer daripada dengan ahli keluarga sendiri. Kalau dulu
keluarga meriah dengan gelak tawa jenaka dan perbincangan, sekarang ia sunyi
sepi. Ahli keluarga asyik dengan dunia masing-masing. Alahai ruginya. Ia bukan
keluarga impian saya. Saya impikan sebuah keluarga yang ceria. Ala-ala rumahku
syurgaku. Saya impikan pasangan hidup yang boleh menjadi rakan karib, yang
boleh berkongsi suka duka kehidupan, pencetus innovasi dan pemantap semangat yang
menjadi tonggak kejayaan di dunia dan di akhirat saya. Ini semua memerlukan mode dan tahap kemunikasi yang baik. Saya impikan anak-anak
yang sihat, cerdas dan kuat dalaman dan luaran. Realitinya anak-anak adalah
celupan dan cerminan ibu bapanya. Jadi saya akan terus berusaha menjadi seorang
yang mempunyai nilai-nilai yang tinggi dan saya berazam untuk kekal ‘immune’
dengan apa jua lambakan produk kapitalisma, yang hanya bertujuan mengaut
keuntungan. Yelah kalau telefon kita masih dalam keadaan baik, buat apa asyik
nak tukar baru je, bukankah ia hanya menghabiskan duit kita dan meningkatkan
keuntungan kepada pengeluar telefon.
Semakin
ramai yang semakin melupakan tujuan dan peranan sebenar kita di bumi Allah ini.
Semoga kita dapat mengawal nafsu dan keinginan materialistic. Ya Allah, berilah
kami kekuatan untuk menjadi khalifah di dunia persinggahan yang sementara ini.
Wednesday, 5 December 2012
Tenang vs. Kalut
Saya sangat berterima kasih kepada suami yang banyak membantu saya berubah ke arah yang lebih baik.Beliau selalu tegur saya supaya jangan kalut. Sekarang saya lebih relax dan 'calm' dalam menghadapi urusan seharian. Kalau sebelum ni saya agak cepat bimbang jika sesuatu hal tidak seperti yang saya jangkakan tapi sekarang saya cuma hadapi sebarang kemungkinan.
Contohnya, ketika diberitahu oleh seorang tauke kedai borong yang tuntutan VAT tidak diluluskan jika saya masuk balik ke negeri ni dalam tempoh 12 bulan, saya relax sahaja. Hati saya berkata 'rezeki itu Allah yang tentukan, jika sudah rezeki saya, insya-Allah saya akan dapat balik wang saya tu'. Saya tersenyum bila beliau akan semak. Hampir setengah jam kami tunggu. Saya tetap relax cuma agak penat sikit sebab kami berjalan kaki (agak jauh) tadi.
Saya bagitau adik saya yang saya tak nak pening2 kepala. Kalau tak dapat duitnya saya anggap sebagai tak ada rezeki saja. Bila tauke tu bagitau 'okay, this is your cheque', senyum saya makin lebar. Alhamdulillah. Situasi begini lebih baik. Bertenang saja. Kalau saya ikut 'feel' lama saya, saya akan tak senang hati sampai hal ni selesai. Hasilnya mungkin sama tapi cara melalui lebih baik dgn bertenang daripada kalut. Thank you darling :)

Subscribe to:
Comments (Atom)