Wednesday, 21 November 2012

Refleksi diri

Satu hari saya tertarik dgn kata2 seorang penceramah di radio IKIM. Katanya apabila kita diuji dgn mcm2 perkara, kita cuba koreksi diri dan bertaubat. Usah fokus pada ujian tersebut tetapi kita kembali kepada Allah. Allah Maha Santun, Allah mengajar kita dalam cara yg sangat lembut.

Bila kita diuji, tak perlu marah-marah, tak perlu mengadu sana sini, tak perlu nak salah org itu org ini, kita semak dulu hati kita. Anggaplah ia cara Allah mengajar kita. Kita mengadu hanya kepada Nya. Banyakkan berzikir dan beristiqfar. Insya-Allah hati kita akan tenang dan kita akan bahagia.

Indahnya Hidup ini dan bahagianya hati bila sentiasa merindui Allah dan rasulNya.

Bantulah Gaza

Saya ada rakan daripada Gaza, Palestine semasa di universiti. Beliau mengambil sarjana perakaunan dan kewangan. Ramah orgnya. Saya berjumpa beliau semasa hari orientasi pelajar baru, saya antara sukarelawan yg menyambut mereka. Hari pertama beliau di bumi asing, 'vocabulary' bahasa Inggeris nya sangat terhad. Setahun kemudian beliau sudah fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Kuat semangat dan berani adalah ciri2nya yang saya rasa kunci pencapaian beliau. Alhamdulillah, rakan saya ini berjaya mendapatkan sarjana dan kali terakhir kami bersua, beliau dah tak sabar2 nak kembali ke bumi Gaza dan berbakti di sana. Saya doakan beliau selamat. Tapi apakah Gaza mampu membangun dgn baik dgn berjirankan perompak dunia, Israel. Saya sangat geram dengan Israel dan yahudi zionis. Kejamnya mereka. Memang tiada hati perut. Sentiasa bermuslihat dan berdolak dalih. Sesenang jer serang org Islam di Gaza lagi.

Allah dah janji bangsa yang kejam akhirnya akan diazab dan akan dihapuskan di muka bumi ini. Saya yakin dgn pertolongan Allah SWT. Namun begitu kita sebagai org Islam perlulah bantu saudara kita di Gaza dgn apa jua yg kita mampu. Takkan kita tak mampu utk doakan kemenangan dan keselamatan mereka? Takkan kita tak mampu menyumbang utk mereka? Dengan jumlah yg cedera menghampiri 1,000 org, keperluan perubatan di sana sgt meruncing. Bantulah mereka seikhlas hati. Kita boleh menyumbang melalui Islamic relief...

Akaun Maybank 5621 4270 8704
Akaun Bank Islam 12 029 01006564 3

akaun CIMB pun ada tapi saya tak simpan no akaun nya sebab saya takde akaun CIMB, kalau nak cari lah sendiri. Nak seribu daya kan.

Apa yg ku ada semua hak Allah, diri ini tiada apa2.

Monday, 19 November 2012

Petua Murah Rezeki



Petua Murah Rezeki

Kos kehidupan sekarang ni melambung tinggi berbanding 4 tahun yang lepas. Terkejut betul bila saya lihat harga sebotol besar kicap lemak manis satu jenama popular di negara kita naik lebih 100%. Bagaimanalah agaknya golongan berpendapatan rendah ‘survive’? Tapi kadang2 golongan kaya pun tak cukup-cukup duit mereka, maklumlah kehendak kehidupan mereka macam-macam. Apa-apa pun saya rasa tentu ramai yang berpendapatan biasa-biasa yang terpaksa buat kerja lebih untuk menampung kos hidup yang asyik naik je ni.

Suka saya berkongsi petua pintu-pintu rezeki karangan Imam Muhd Mutawally Asy-Sya’rawi keluaran Telaga Emas. Memang hobi saya pinjam macam-macam buku daripada perpustakaan di sini. Mesti ada satu dua buku kat atas meja untuk saya belek dan baca ketika ‘take five’.

Antara petua untuk membuka pintu-pintu rezeki ni adalah seperti berikut,
·         Menghindari maksiat
·         Tekun mencari kurnia/rezeki
·         Jaga dan tingkatkan kualiti iman
·         Selalu berdoa dan berbuat amalan baik
·         Bertaqwa
·         Bertawakal
·         Bertaubat dan beristiqfar
·         Melakukan haji dan umrah bila mampu
·         Istiqamah dalam melakukan manhaj (perintah2) Allah
·         Sentiasa bersyukur
·         Berhijrah ke jalan Allah
·         Bernikah jika mampu
·         Jaga kehormatan jika tak mampu nikah
·         Bersedekah
·         Jaga silaturrahim
·         Berfikiran positif 


Lagi satu adalah memberi kepada ahli keluarga. Contohnya memberi kepada ahli keluarga adalah satu amalan yang baik. Usahlah berkira. Berilah terutama kepada yang berhak (isteri dan anak2), jangan ambil mudah dalam hal ni kerana hak mereka itu haram buat kita. Bantulah ahli keluarga yang dah tak kuat tubuh badan (ibu bapa yang semakin berusia). Insya-Allah, Allah tambah dan gandakan rezeki kita. 

Teruskan berusaha..sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga kita bahagia di dunia ini dan di dunia yang kekal abadi nanti.

Sunday, 11 November 2012

Petua mengelakkan sakit kepala



Kalau sakit kepala semua perkara jadi tak seronok kan!. Sebab tu kalau boleh kita elakkan daripada diserang sakit kepala. Saya suka berkongsi satu petua untuk mengelakkan sakit kepala. Ia senang sahaja. Caranya setiap kali bangun pagi, basuh kaki dulu sebelum basuh muka dan sebagainya. Biar air yang dingin tu kena kat kaki dulu. Kaki kita kan tempat semua hujung saraf. Jadi kita aktifkan hujung-hujung saraf ni dulu. 

Selain daripada itu digalakkan minum air kosong secukupnya, tidur sekurang-kurangnya 5-6 jam sehari dan elakkan sembelit atau penghazaman makanan yang tak sempurna. Penghazaman makanan yang sempurna penting untuk kesihatan usus kita. Ia memerlukan fiber atau makanan berserat. Jadi, rajin-rajinlah makan ulam-ulaman, sayuran dan buah-buahan. 

Dari sudut lain, hadapi kehidupan ni dgn sabar. Toksah fikir sgt hal dunia ni. Toksah jaga tepi kain org, sentiasa berlapang dada, pastikan kita tak ambik hak dan aniaya org (kerja, gaji, amanah, etc), dan bykkan berdoa moga Allah bagi kita kesihatan yg baik supaya dapat terus beribadat kpdNya. Insya-Allah, kita boleh hindari sakit kepala ni.

Thursday, 8 November 2012

Petua merawat resdung



Sejak setahun lepas saya mengalami gejala bersin. Asyik bersin aje. Berturut-turut dan banyak kali pulak tu. Ia agak tidak selesa dan saya rasa malu bila bersin beberapa kali di khalayak ramai. Mungkin ia disebabkan oleh resdung. Ia satu kemungkinan kerana tanda-tanda resdung lain juga ketara seperti gatal-gatal di muka dan dalam telinga, terutamanya selepas makan daging dan makanan laut. Saya juga mengalami masalah kulit kepala berkelemumur. Apa yang patut saya buat? Kita perlu ikhtiar untuk merawatnya kan?

Kalau dulu-dulu, saya ambil jalan singkat dengan makan pil jamu resdung. Ia boleh redakan dan kawal masalah resdung saya ni. Tapi sekarang ni saya perlu berhati-hati mengambil apa2 pil jamu sebab selalunya jamu akan buat badan kita rasa sangat panas. Saya perlu kawal kepanasan dalam badan saya ni. Maklumlah saya baru sebulan lebih kembali ke tanahair dan masih dalam tempoh menyesuaikan diri dengan cuaca Malaysia yang panas ni. Lagipun saya perlu jaga kesihatan sebaiknya kerana kehidupan saya sekarang ni memerlukan badan yang sihat dan cergas. Setiap minggu saya akan memandu ke rumah saya yang terletak kira-kira 3 jam daripada rumah ibubapa saya. Jadi apa alternative kepada pil resdung ni ya?

Saya bertanya rakan-rakan bagaimana utk merawat gejala bersin dan gatal2 kulit muka saya ni. Salah seorang rakan baik saya menyarankan saya menggunakan daun sireh. Emmm...menarik. Caranya adalah dengan melayukan daun-daun sireh di atas api. Kemudian ramas daun tersebut utk mengeluarkan airnya. Sapu air daun sireh tu kat seluruh muka dan masukkan ke dalam lubang hidung. Ia akan buat kita rasa pedih tapi pedih yang kita boleh tahanlah. Oh..Ni lah petuanya.

Rakan saya ni tidak menggunakan sebarang pencuci muka dan kulit beliau bersih dari sebarang jerawat atau lain-lain masalah kulit muka. Suci murni gitu. Sekarang baru saya tahu rahsianya. Guna air daun sireh je sekali sekala. Tak perlu beli macam-macam bahan penjagaan muka. Ia selamat. Saya dah mula mencubanya semalam. Mudah2an ia berkesan. Jika anda pun mengalami masalah resdung macam saya, bolehlah mencubanya.

Saya nak tanam pokok sireh ni kat dalam pasu. Senang kalau nak guna lagi di masa akan datang. Buat masa ni ummi dah ambik bekalan daun sireh daripada rumah jiran sebab pokok sireh ummi dah mati. Takpe, kami akan cuba tanam pokok yang baru.

Tuesday, 6 November 2012

Petua memilih durian



Semalam saya berkonferensi. Dah lama tak menghadiri konferensi akademik. Saya sangat teruja. Bila mendengar pelbagai kajian yang dibentangkan saya seronok dan bersyukur. Saya bersyukur ditakdirkan berada dalam profesion ini. Ia sangat sesuai untuk saya.

Tip memilih buah durian
Sesampai saja di rumah, ayah dan bonda saya menyambut dengan penuh mesra. Alangkah bertuahnya saya. Mereka siap beli dua biji buah durian untuk saya. Nikmatnya. Ia durian kampung orang melayu. Isinya sangat elok. Lembut dan manis. Saya makan dengan sungguh berselera. Sambil makan abah berkongsi tip membeli buah durian.

Katanya perhatikan tangkal buah durian tersebut. Ia mesti dalam keadaan baik dan ‘segar’. Sekirannya lingkaran pada tangkal durian itu tebal, isinya juga akan tebal. Senang aje rupanya. Teringat pengalaman saya membeli buah durian. Tak reti nak ‘check’ tangkal nya. Patutlah isi buah2 tu nipis dan tawar jer. Lepas ni bolehlah saya cuba petua abah saya ni.

Saya makan 3-4 ulas saja. Walaupun sedap, perut saya dah penuh. Maklumlah baru lepas makan petang. Ulas2 yang lebih tu saya simpan buat masak bubur. Bubur apa tak pasti lagi. Mungkin bubur kacang hijau atau merah. Mungkin juga bubur pulut hitam. Mana2 pun saya suka.