Tuesday, 16 October 2012

Hobi dulu dan sekarang



Saya suka membaca kisah-kisah individu yang berjaya. Ia sumber inspirasi untuk berusaha memperbaiki diri. Rata-rata mereka sangat berdisiplin. Ramai yang sanggup berkorban wang dan masa dan bersusah payah pada peringkat awal. Jadi disiplin dan sabar adalah kunci utama untuk berjaya.

Bagaimana nak mendisiplinkan diri? Salah satu caranya adalah ingat kita sentiasa diawasi Allah SWT. Tak kira bila dan di mana. Masa adalah amanah. Rezeki juga adalah amanah. Ia perlu digunakan sebaik mungkin. Saya terkenang bagaimana pengisian masa saya dahulu. Tak berapa kena tapi ia saya cuba kutip pengajaran daripada pengalaman lampau. Hairan juga memikirkan bagaimana saya boleh ‘stay up’ semata-mata nak menghabiskan membaca novel-novel kegemaran saya. Saya boleh baca 2-3 novel sehari. Ia aktiviti musim cuti sekolah saya. Saya memang ulat buku. Ia aktiviti yang sangat meralitkan. Tak kira apa yg berlaku di sekeliling, saya seronok dgn buku, seolah2 saya berada dalam ‘setting’ cerita tersebut. Berapa banyak masa yg saya dah bazirkan. Begitu juga dgn menonton tv. Saya sanggup bersengkang mata hanya kerana sebuah filem. Lepas tu boleh terkenang2 babak2 cerita tersebut. Betullah ungkapan ‘you are what you read and watch’. Cuma ungkapan ni saya jumpa bila dah meningkat usia. 

Apa-apa pun saya suka melihat dari sudut yang positif. Perkara lama tiada guna diungkit-ungkit. Lebih baik saya ambil pengajarannya. Sekurang-kurangnya sekarang saya dah muak dgn novel dan filem. Saya lebih rasional dalam memilih bahan bacaan dan bahan tontonan. Saya lebih suka bacaan yang bermanfaat seperti menambah ilmu pengetahuan. Hatta bila membaca suratkhabar saya berniat moga ia meningkatkan pengetahuan saya tentang hal ehwal semasa. Buku-buku agama lebih menarik sebab ia boleh mendekatkan kita dgn Islam. Kalau rancangan tv, filem bukan lagi menjadi pilihan saya. Program-program agama dan dokumentari lebih mengujakan.  Saya tak kisah kalau ia tanda saya dah meningkat usia. Ia perubahan yang saya suka sebab saya hanya mengimpikan kejayaan di dunia dan di akhirat. Moga Allah permudahkan.

No comments:

Post a Comment