Hari
ni hari raya ke-2 di perantauan. Sungguh seronok melihat saudara mara dan sahabat
handai beraya di tanah air. Percaya atau tidak saya tertunggu2 gambar2 raya di
facebook padahal saya tidak begitu menyukai alam maya sosial ni. Saya lebih
suka reality, bersua muka baru seronok. Agaknya saya merindui suasana beraya di
negara sendiri. Kami menyambut hari raya secara sederhana sahaja. Masa kecil2
dulu, kalau abah tak sihat, kami beraya kat rumah jer. Memang tak de mood nak
beraya kalau ayahanda terbaring. Abah pemangkin suasana ceria sebab beliau suka
mengusik ummi dan melawak dgn anak2. Tahun ni, abah tak berapa sihat juga,
sakit pinggang katanya. Tapi saya tak risau sgt sebab abah masih boleh melawak.
Saya berdoa moga Allah kurniakan abah dan ummi kesihatan yg agar mereka dapat
terus beribadat kepada Nya.
Bila
difikir2kan kita sgt bertuah kerana masih boleh beraya dgn aman damai. Sedih
bila memikirkan saudara mara di Myanmar, Palestine, Afghanistan, Syria, Iraq
dan negara-negara Islam lain. Saya tercari2 rahsia dan formula bagaimana rakyat
negara bukan Islam boleh buat mcm2 aktiviti. Negara mereka tidak bergolak, aman
damai sahaja sehingga mereka boleh ‘adventure into’ hal2 yg ‘beyond basic
matters’. Rakyat negara Islam masih ‘struggle’ utk ‘survive’. Sungguh tinggi
cabaran dan ujian org Islam. Semoga org2 Islam bersatu-padu, berbaik2 dan
sentiasa tolong menolong. Walau apa yg berlaku kita tetap yakin yg Islam akan
tertegak dgn seteguh2 di muka bumi ni, insya-Allah. Mari kita bantu setakat yg
terdaya sambil terus berdoa moga pertolongan Allah sampai kpd saudara mara kita
yg sedang diuji. Saya sgt yakin kalau
kita menghayati ajaran Islam dgn baik, hidup kita akan mudah dan dirahmati,
insya-Allah. Moga kita tak terleka dgn keamanan dan nikmat yg Allah bagi. Bak
kata abah saya ‘dunia dah makin hampir ke penghujungnya’. Jom bersiap sedia.

No comments:
Post a Comment