Thursday, 5 July 2012

sikit2 lama2 jadi bukit

Hari ni saya terfikir pasal pengurusan wang (dan harta). Kita disuruh berusaha bersungguh2 mencari kesenangan dunia umpama akan hidup selama2nya. Bila Allah limpahi kita dgn wang dan harta yg banyak, jangan lupa pula utk keluarkan zakat dan bersedekah. Insya-Allah, berkat dan makin bertambah rezeki kita.

Saya bersyukur kerana telah dilatih oleh abah saya supaya hidup sederhana. Belanja utk apa yg perlu sahaja dan menyimpan utk masa depan. Kalau dapat sepuluh ringgit, simpan sekurang2 2 ringgit. Memang kita dilarang panjang angan2 tapi menyimpan utk masa depan adalah satu ikhtiar supaya kita cukup wang utk menguruskan kehidupan di masa akan datang. Hanya Allah yg tahu apa yg akan berlaku. Rezeki kita adalah apa yg kita nikmati sekarang - makan minum pakaian kenderaan dan sebagainya. Wang simpanan belum menjadi rezeki kita lagi tapi sekurang2nya kita berusaha utk mengelak daripada meminjam atau meminta daripada org lain. Seandainya kita dijemput Allah, sekurang2 kita ada wang utk menguruskan jenazah kita dan waris2 dapat memanfaatkannya.

Pendek citer, sgt elok kalau kita buat perancangan kewangan kita nie. Perkara yg paling asas adalah belanja ikut keperluan dan kemampuan. Kalau sekarang kita berniaga goreng pisang kat gerai jer, dgn perancangan kewangan yg baik, tidak mustahil suatu hari nanti kita mampu utk berniaga di kedai sendiri.

Tak perlu nak 'bergaya biar papa'. Kalau kete rumah besar tapi semua hutang, bahagia ke? tenang ke kita?

Yg lebih baik adalah 'simpan sikit2 lama2 jadi bukit'. Elakkan kais pagi makan pagi. Budayakan usaha hari ni boleh cover beberapa generasi akan dtg, baru mantap :)

Semoga umat Islam terus maju dan maju dalam semua aspek. Kita kan umat yg terbaik.


No comments:

Post a Comment