Tuesday, 3 July 2012

Abah Ummi, I love you

Semalam rindu kat abah ummi bertandang lagi. Tak sedar bergenang air mata. Hai..sejak dua menjak ni mudah pulak rasa sedih. Entah lah kenapa. Teringat masa merantau belajar di negera orang kira2 18-19 tahun yg lepas. Tiba2 saya demam teruk, terkejut dgn cuaca yg sejuk melampau agaknya. Tapi doktor kata saya tak demam. Dulu2 saya hairan tapi sekarang saya mungkin tahu kenapa. Tak mengapa, hidup ni kan masa utk menambah saham akhirat. Bila diuji kita sabar ajelah. Mudah2an Allah redha kat kita. Walaupun doktor kata saya okey, tapi badan saya sgt lemah, sampai tak keluar bilik berhari2. Satu malam saya bermimpi, ummi datang, tersenyum tenang dan besoknya saya dah sihat. Subhanallah. That's the power of mother's love.

Jadi coretan saya ni adalah utk mengingatkan diri saya supaya sentiasa mendoakan kesejahteraan abah ummi dan mak bapa dan berusaha utk menjadi anak yg sentiasa membahagiakan mereka. Mari kita hayati ayat2 Quran dan hadis di bawah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24). 

FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15). 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. (Riwayat Muslim) 


http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/118/hormati-ibu-bapa-amalan-berterusan

Tapi saya harap saya rindu abah ummi bukan sebab badan saya kadang2 tak sihat, mungkin saya risaukan 'amanah' yg belum selesai ni, mungkin jugak sebab lain. Tapi saya tetap bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan. Fokus pada apa yg saya ada, insya-Allah. Rasa bahagia jer. Okey. Lagipun hidup ni hanya sementara. Yang penting ingat Allah, buat apa yg disuruh dan jauhkan apa yg dilarang, sambil2 tambah amalan kebaikan bila mampu. Mudah2an saya dan anda juga bahagia di dunia dan di akhirat. ameen.

No comments:

Post a Comment