2 Ramadhan 1433
Solat
taraweeh malam kedua Ramadhan tahun ni di Masjid Pusat. Teruja hati saya setiap
kali memasuki masjid, apatah lagi masjid yg besar seperti Masjid Pusat nie.
Alhamdulillah, saya bersyukur atas peluang ni, ia antara nikmat yg sangat
bermakna buat saya.
Rata2
pengujung masjid ni terdiri daripada yang berketurunan Pakistan. Komunikasi adalah
antara isu utama yg saya jangkakan. Jadi saya duduk bersama kawan2 daripada
Malaysia. Bila sesakali berjumpa rancak pulak bercerita hal ehwal warga Malaysia lain. Saya sedikit serba salah
kerana saya faham yg seeloknya kita kurangkan bercakap hal2 dunia dalam masjid.
Jadi, saya cuma jadi pendengar sahaja, sesekali tersenyum dan mengangguk buat
menjaga hati rakan2 yg sedang bersembang. Saya yakin niat mereka baik.
Saya
bersolat di sebelah kelompok ibu2 berketurunan Pakistan. Seperti yg saya
jangkakan beliau dgn rasa penuh semangat dan mesra menegur saya. Opppsss...saya
tak faham sebab beliau guna bahasa ibundanya, agaknya bahasa Urdu. Saya boleh
mengagak yg beliau memberi komen mesra tentang pakaian solat kami. Mungkin
beliau memuji org melayu yg menutup aurat dgn baik sebab memakai telekung.
Tetapi saya tak tau bagaiman nak ‘respond’. Saya hanya mampu tersenyum.
Alhamdulillah dia macam faham yg saya tak boleh berbahasa Urdu dan beliau
meneruskan zikirnya. Mudah2an beliau betul2 tahu yg bukan saya tak nak membalas
komen mesra nya. Lepas ni elok saya belajar bahasa Urdu...hehe..
Apa
yang saya perhatikan, kita tak dapat elakkan perbezaan sebab kita melalui
orientasi yg berbeza. Yang penting kita berlapang dada dgn cara2 yg berbeza ni.
Insya-Allah, kita okay okay aje.
No comments:
Post a Comment