Sunday, 22 July 2012

Bahasa oh Bahasa


2 Ramadhan 1433
Solat taraweeh malam kedua Ramadhan tahun ni di Masjid Pusat. Teruja hati saya setiap kali memasuki masjid, apatah lagi masjid yg besar seperti Masjid Pusat nie. Alhamdulillah, saya bersyukur atas peluang ni, ia antara nikmat yg sangat bermakna buat saya.

Rata2 pengujung masjid ni terdiri daripada yang berketurunan Pakistan. Komunikasi adalah antara isu utama yg saya jangkakan. Jadi saya duduk bersama kawan2 daripada Malaysia. Bila sesakali berjumpa rancak pulak bercerita hal ehwal  warga Malaysia lain. Saya sedikit serba salah kerana saya faham yg seeloknya kita kurangkan bercakap hal2 dunia dalam masjid. Jadi, saya cuma jadi pendengar sahaja, sesekali tersenyum dan mengangguk buat menjaga hati rakan2 yg sedang bersembang. Saya yakin niat mereka baik.

Saya bersolat di sebelah kelompok ibu2 berketurunan Pakistan. Seperti yg saya jangkakan beliau dgn rasa penuh semangat dan mesra menegur saya. Opppsss...saya tak faham sebab beliau guna bahasa ibundanya, agaknya bahasa Urdu. Saya boleh mengagak yg beliau memberi komen mesra tentang pakaian solat kami. Mungkin beliau memuji org melayu yg menutup aurat dgn baik sebab memakai telekung. Tetapi saya tak tau bagaiman nak ‘respond’. Saya hanya mampu tersenyum. Alhamdulillah dia macam faham yg saya tak boleh berbahasa Urdu dan beliau meneruskan zikirnya. Mudah2an beliau betul2 tahu yg bukan saya tak nak membalas komen mesra nya. Lepas ni elok saya belajar bahasa Urdu...hehe..

Apa yang saya perhatikan, kita tak dapat elakkan perbezaan sebab kita melalui orientasi yg berbeza. Yang penting kita berlapang dada dgn cara2 yg berbeza ni. Insya-Allah, kita okay okay aje. 

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan Mubarak


1 Ramadhan 1433
Syukur kepada Allah SWT atas nikmat menjalani ibadah puasa sekali lagi, insya-Allah. Semoga puasa kali ini lebih baik daripada tahun2 lepas. Sesungguhnya ajaran Islam itu benar sebenar2nya. Baru2 ni saya menonton dokumentari tentang penemuan scientific utk lambatkan proses penuaaan. Salah seorang penyelidik yg juga seorang doktor dan ahli sains berumur 60an telah mengamalkan ‘reducing calori intake’. Beliau mengamalkan berpuasa 3 hari seminggu dan senaman harian. Beliau memang ‘fit and healthy’. Berpuasa? Selama ni rakan2 bukan Islam saya akan mengelengkan kepala bila mendengar penjelasan tentang ibadah puasa. Mereka sungguh hairan bagaiman kita boleh berpuasa berjam2. Bagi mereka ia boleh menjejaskan kesihatan. Harapnya kawan2 bukan Islam saya menonton dokumentari ni supaya mereka tahu kelebihan berpuasa.

Saya yakin kalau lebih banyak kajian dibuat tentang puasa, banyak lagi kelebihan dan manfaat nya akan dikenalpasti. Bagi kita umat Islam, kita memang dah biasa berpuasa sejak kecil dan kita dah tahu nikmat2 puasa ni kan. Bertuahnya kita. Tak perlu buat eksperimen bertahun2  sebelum tahu kebaikan berpuasa.

Kami menyambut Ramadhan dgn bertaraweh di sebuah masjid dekat kawasan rumah. Saya sungguh terharu bila seorang sahabat bersusah payah masak sejenis makanan utk saya. Kisahnya tiga tahu lepas beliau menjamu kami di rumahnya dan bila dia ke rumah saya dua tiga minggu lepas, saya kenang kembali keenakan masakannya. Tak sangka ada rezeki saya menikmatinya sekali lagi. Memang tak sama dgn yg kita beli kat kedai. Versi Homemade memang lebih sedap. Dan saya tahu beliau masak dgn penuh ikhlas dan kasih sayang. Terharu rasanya. Maklumlah bila hidup merantau ni, terpaksa bersyukur dgn apa yg ada. Walaupun rasa nak makan macam2 tapi pasrah jer bila tak dapat. Saya bersyukur atas nikmat ini. May Allah bless her with many returns and happiness in this world and hereafter.

Alhamdulillah. Ramadhan Mubarak kepada semua.

Wednesday, 18 July 2012

Be Happy

Teringat kata2 salah seorang 'survivors' pembunuhan beramai2 org Islam oleh pihak Serb. bila ditanya bagaimana beliau boleh senyum dan ketawa. Katanya 'being sad will not change what I have been going through and what I am facing now, it will not solve my problems'. Betul jugak kan? Jom senang2kan hati dan gembira selalu. Bagaimana? Banyak caranya, salah satu daripadanya adalah...



Wednesday, 11 July 2012

Quality Quality Quality

Let's strive to be a good friend and spouse :)


The four qualities of a good friend & spouse
1. When you see him/her, he/she reminds you of The ALMIGHTY.
2. When you sit with him/her, it increases your FAITH.
3. When he/she speaks to you, it increases your KNOWLEDGE.
4. When you see his/her actions, you remember the HEREAFTER.
Ya Allah please give us the chance to make friends & relatıons with those people who have these qualities. Ameen. 


(courtesy from purematrimony.com)

Saturday, 7 July 2012

Lessons for Life

Very true. If we follow these lessons, we'll succeed and nothing will 'disrupt' our journey to true success.


Very important lessons for life from Noah's Ark! 
1. Don't miss the boat. 
2. Remember that we are all in the same boat. 
3. Plan ahead. It wasn't raining when Noah a.s built the Ark. 
4. Stay fit. When you're 600 years old, someone may ask you to do something really big. 
5. Don't listen to critics; just get on with the job that needs to be done.
6. Build your future on high ground.
7. For safety's sake, travel in pairs.
8. Speed isn't always an advantage. The snails were on board with the cheetahs.
9. When you're stressed, float a while.
10. No matter the storm, when you have faith in Allah, there's always a rainbow waiting.

{http://www.PureMatrimony.com/}

Thursday, 5 July 2012

sikit2 lama2 jadi bukit

Hari ni saya terfikir pasal pengurusan wang (dan harta). Kita disuruh berusaha bersungguh2 mencari kesenangan dunia umpama akan hidup selama2nya. Bila Allah limpahi kita dgn wang dan harta yg banyak, jangan lupa pula utk keluarkan zakat dan bersedekah. Insya-Allah, berkat dan makin bertambah rezeki kita.

Saya bersyukur kerana telah dilatih oleh abah saya supaya hidup sederhana. Belanja utk apa yg perlu sahaja dan menyimpan utk masa depan. Kalau dapat sepuluh ringgit, simpan sekurang2 2 ringgit. Memang kita dilarang panjang angan2 tapi menyimpan utk masa depan adalah satu ikhtiar supaya kita cukup wang utk menguruskan kehidupan di masa akan datang. Hanya Allah yg tahu apa yg akan berlaku. Rezeki kita adalah apa yg kita nikmati sekarang - makan minum pakaian kenderaan dan sebagainya. Wang simpanan belum menjadi rezeki kita lagi tapi sekurang2nya kita berusaha utk mengelak daripada meminjam atau meminta daripada org lain. Seandainya kita dijemput Allah, sekurang2 kita ada wang utk menguruskan jenazah kita dan waris2 dapat memanfaatkannya.

Pendek citer, sgt elok kalau kita buat perancangan kewangan kita nie. Perkara yg paling asas adalah belanja ikut keperluan dan kemampuan. Kalau sekarang kita berniaga goreng pisang kat gerai jer, dgn perancangan kewangan yg baik, tidak mustahil suatu hari nanti kita mampu utk berniaga di kedai sendiri.

Tak perlu nak 'bergaya biar papa'. Kalau kete rumah besar tapi semua hutang, bahagia ke? tenang ke kita?

Yg lebih baik adalah 'simpan sikit2 lama2 jadi bukit'. Elakkan kais pagi makan pagi. Budayakan usaha hari ni boleh cover beberapa generasi akan dtg, baru mantap :)

Semoga umat Islam terus maju dan maju dalam semua aspek. Kita kan umat yg terbaik.


Tuesday, 3 July 2012

Abah Ummi, I love you

Semalam rindu kat abah ummi bertandang lagi. Tak sedar bergenang air mata. Hai..sejak dua menjak ni mudah pulak rasa sedih. Entah lah kenapa. Teringat masa merantau belajar di negera orang kira2 18-19 tahun yg lepas. Tiba2 saya demam teruk, terkejut dgn cuaca yg sejuk melampau agaknya. Tapi doktor kata saya tak demam. Dulu2 saya hairan tapi sekarang saya mungkin tahu kenapa. Tak mengapa, hidup ni kan masa utk menambah saham akhirat. Bila diuji kita sabar ajelah. Mudah2an Allah redha kat kita. Walaupun doktor kata saya okey, tapi badan saya sgt lemah, sampai tak keluar bilik berhari2. Satu malam saya bermimpi, ummi datang, tersenyum tenang dan besoknya saya dah sihat. Subhanallah. That's the power of mother's love.

Jadi coretan saya ni adalah utk mengingatkan diri saya supaya sentiasa mendoakan kesejahteraan abah ummi dan mak bapa dan berusaha utk menjadi anak yg sentiasa membahagiakan mereka. Mari kita hayati ayat2 Quran dan hadis di bawah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24). 

FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15). 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. (Riwayat Muslim) 


http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/118/hormati-ibu-bapa-amalan-berterusan

Tapi saya harap saya rindu abah ummi bukan sebab badan saya kadang2 tak sihat, mungkin saya risaukan 'amanah' yg belum selesai ni, mungkin jugak sebab lain. Tapi saya tetap bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan. Fokus pada apa yg saya ada, insya-Allah. Rasa bahagia jer. Okey. Lagipun hidup ni hanya sementara. Yang penting ingat Allah, buat apa yg disuruh dan jauhkan apa yg dilarang, sambil2 tambah amalan kebaikan bila mampu. Mudah2an saya dan anda juga bahagia di dunia dan di akhirat. ameen.