Saturday, 7 April 2012

Hati ku gembira jika...

Banyaknya nikmat yg Allah SWT kurniakan. Tiada alasan utkku mengeluh atau tidak terus berjuang melawan godaan nafsu dan kelemahan diri. Ku perlu lebih kuat semangat dan lebih tekun dalam melakukan kebaikan. Kadang2 ku tewas, rasa malas kadang2 dtg menjelma. Memang boleh bagi alasan...aaaahhh..'hormonal changes'. Tapi tak boleh berterusan begitu kerana bila masa dah berlalu, ia takkan kembali lagi. Rasa gusar juga memikirkan yg setiap saat ku akan dipersoalkan di sana nanti.

Bila diserang perasaan sebegini, selalunya akan ku baca blog2 yg boleh memberi pengajaran, blog tentang keagamaan dan kerohaniaan. Hatiku akan tersedar. Hatiku sudah tak gembira jika dihidangkan dgn kegembiraan keduniaan seperti muzik2 dan bahan2 material. Teringat suatu ketika dulu, bila 'tension' akan ku mainkan lagu2 yg sedikit rancak, bila takde semangat akan ku dgr lagu2 bermelodi indah. Tapi ia tak berkesan lagi. Sekarang ni hidangan seperti itu akan membuatkan hatiku lebih berserabut dan jiwaku tidak tenang dan semangat ku menurun.

Hati ku akan terkesan jika menghadiri majlis2 ilmu, jika dihidangkan dgn bacaan ayat-ayat suci Al-Quran,jika bertemu rakan2 kerana Allah, jika melihat2 keindahan alam ciptaan Allah, dan, jika melakukan sesuatu dgn ikhlas. Sungguh membahagiakan. Beberapa minggu lagu ku hadiri perjumpaan dgn rakan2 di tempat 'favourite' ku. Bukan buat apa pun, ku sertai kelas bahasa arab lepas tu saling bertanya2 khabar. Esoknya semangatku ditahap maksima, sehingga boleh menulis beribu2 patah perkataan. Harapnya kecenderungan kpd hal2 kerohanian tanda hatiku semakin baik..mudah2an ia bertambah baik. Semoga ku berjumpa insan2 yg berhati baik juga, sealiran, sehala tujuan. Mohon Allah jauhkan daripada bertemu individu berkawan kerana kepentingan peribadi.

Minggu lepas beberapa rakan2 ku pulang ke negara masing2. Teremosi sedikit tapi kami berjanji utk sentiasa mendoakan antara satu sama lain. Semoga kami bertemu di syurga. Ameen.

No comments:

Post a Comment