Saya nak kongsi sedikit info yg saya kutip daripada ceramah Yasmin berkenaan suami, isteri dan keharmonian keluarga. Semasa saya bujang, saya selalu bersembang2 dgn abah saya dan kami bersetuju yg saya patut kahwin kalau saya rasakan hidup saya akan lebih baik (dalam sebanyak segi yg boleh..hehe..). Lagi satu abah saya nak anak2 perempuan beliau boleh berdikari (berpelajaran, berkerjaya) supaya kehidupan terjamin dan semakin meningkat usia semakin senang. Ia saranan yg logik memandangkan sekarang ni ramai betul org bercera-berai. Apa2pun, alhamdulillah, abah dan ummi saya tak 'pressure' kami utk cepat2 berkahwin tapi mereka nak kami fikir betul2 dalam memilih calon2nya.
Bila usia dah semakin meningkat, saya fikir harapan utk bertemu jodoh semakin 'slim' dan saya pasrah kalau saya Allah takdirkan hidup membujang. Lebih baik membujang daripada hidup sengsara kan..hehe..Tapi masya-Allah, saya berkahwin dalam kira2 setahun lebih yg lepas. Saya sgt2 bersyukur. Sekarang ni sedang berusaha utk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sebaik mungkin. Byk yg saya tak tahu, tapi saya akan belajar sikit2. Perubahan yg sedikit tapi berkekalan, insya-Allah.
Saya ada baca buku 'men from mars dan women from venus'. Okay jugaklah buku ni tapi saya rasa saya masih tak berapa faham sikap org lelaki. Maklumlah adik-beradik saya ramai perempuan. Ceramah Yasmin ni byk jugak isi2 nya yg relevan. Contohnya, org perempuan ingin rasa disayangi, sebab tu org perempuan boleh menyanyangi tanpa syarat, kebanyakannya lah kan. Tapi org lelaki nak dihormati. Jadi, kena pilih2 dlm berinteraksi supaya tak mencetuskan rasa tak dihormati di pihak suami. Oh begitu ke..baru saya tau..hehe..Link utk ceramah beliau seperti di bawah. Silalah dgr, utk yg bujang pun sesuai..hehe
http://www.youtube.com/watch?v=4owLSRisGBk&feature=related
Apa2pun jgn lupa utk sentiasa berdoa semoga Allah mengurniakan kebaikan daripada perkahwinan kita.
No comments:
Post a Comment