Monday, 9 April 2012

Petua : Mengawal jerawat di bahu atau belakang badan

Saya sangat aktif bersukan sejak di bangku sekolah. Apabila masuk dunia remaja (selepas 15 tahun), saya mula mengalami masalah jerawat. Saya takde kakak jadi saya hanya merujuk kepada abang saya tentang masalah jerawat atau lebih dikenali sebagai ‘spotlight’ di muka. Belia akan melawak. Katanya ‘takpe ia menyerikan muka’.  Geramnya saya kat abg saya ni, buat lawak pulak...hehe..Tapi saya cuba pelbagai cara, muka saya tetap berjerawat. Kata abah saya, muka dia pun berjerawat masa muda. Mungkin abah saya nak redakan kerisauan saya. Sikap saya yg sgt berselera makan dan mungkin juga ‘hereditari’, muka saya asyik berjerawat saja. Apa2pun saya nasihat adik2 saya agar menjaga apa yg dimakan dan jaga kebersihan kulit muka sebaik mungkin agar masalah jerawat tak seserius saya.

Sekarang ni, jerawat hanya menjengah muka saya sekali sekala. Yelah, usia pun makin meningkat, hormon dah tak serancak masa 20an. Tapi jerawat masih muncul di belakang badan saya. Dalam tahun 2010, saya berjumpa doktor dan telah diberi antibiotik, kena makan selama tiga bulan. Namun, ia memberi kesan yg sgt minima.

Baru2 ni saya cuba guna pencuci mukan yg berformula khas utk atasi jerawat kat bahagian bahu dan belakang badan saya. Ia terlampau keras utk digunakan kat muka. Kulit manja, sensitif..hehe...Alhamdulillah, ia berkesan. Jadi, saya nak kongsi petua ni dgn org lain. Ia saya amalkan sendiri. Tak payah makan antibiotik2 ni. Cuci jer dgn pencuci muka khas ni. Apa2 jenama pun okey, saya rasa. Saya guna jenama neutregena. Negara kita kan panas, badan kita asyik berpeluh, kalau tak cuci kulit kita betul2, boleh jadi berjerawat. Cuba lah ya..

No comments:

Post a Comment