Tuesday, 27 December 2011

Personaliti Seorang Muslim Terbaik

Seorang adik undergrad. 'post' petikan di bawah kat fb. Food for thought. Kata2 Imam Hassan ni sungguh relevan kpd sesape yg suka memperbaiki diri. Saya fikir memang kita perlu sentiasa muhasabah diri, sementara masih belum terlambat. Janganlah kita termasuk dalam golongan yg merasakan diri sudah lebih baik, lebih betul daripada org2 lain kerana sesungguhnya hanya Allah yg tahu sape baik sape kurang baik.

‎"Imam Hasan al-Banna mentions that the first thing that the Muslim should be concerned with is the reform of herself or himself. Then he says, “A Muslim should strive to attain a strong body, good character, cultured thought. He should be able to earn a living, have pure belief, and correct worship. He should be able to control his desires, be careful about his time, organized in his affairs, and beneficial to those around him. These comprise the duties of every Muslim as an individual."



Semoga umat Islam menjadi contoh terbaik :)

Saturday, 24 December 2011

Impian Yg Indah

Saya termasuk dlm kategori suka merancang. Mungkin sebab saya anak ke-2, terbiasa merancang sejak kecil. Yelah, saya ada 7 adik...saya di bawah 'authority' abg saya..hehe..tapi adik2 saya dlm 'bidang kuasa' saya. Jadi, saya rancang pembahagian tugas antara adik2 saya. Samada 'outcome' seperti yg kami nak atau tidak tak menjadi soal, yg penting kita rancang baik2, insya-Allah hasil nya pun baik2.

Sebelum ni memang dlm 'plan' utk berbuat baik sebyk mungkin tapi kadang2 rasa lemah semangat bila asyik kita je kena buat baik, atau bila kita buat baik disalah sangka, atau bila baik sgt, org lain ambil mudah dan suka2 hati kata kita itu ini. Saya perlukah sedikit motivasi utk istiqamah dlm amalan baik. Macam mana nak kuatkan hati melawan rasa malas, rasa lalai dlm melaksanakan apa yg dirancang? Alhamdulillah, dua hari yg lepas, saya dapat idea, iaitu, setiap malam sebelum tidur saya ingatkan diri saya yg saya nak masuk syurga. Rasa sangat teruja, dan seronok bila membayangkan syurga. Bila solat, saya semakin kuat utk tingkatkan rasa khusyuk. Rasa gusar bila memikirkan bekalan yg belum cukup utk layak jadi penghuni syurga. Kena terus gigih berusaha ni. caiyook. caiyook.

Kalau 'masuk syurga' ada dlm 'plan' hidup kita, sudah tentu kita akan berusaha sungguh2 utk perbaiki amalan2 kita, bersih dan ikhlaskan hati dan teguhkan iman.

Semoga impian yg indah in tercapai. Semoga kita semua dapat kasih sayang Allah utk masuk syurga.

Tuesday, 20 December 2011

Tentang Cinta

Saya semakin faham kenapa cinta Allah adalah yg teratas. Kalau rasa sgt keseorangan jom tengok video nie.

Saturday, 17 December 2011

Makin Hampir

Hari ni saya nak meluahkan rasa bimbang tentang apa yg sedang melanda umat dan negara2 Islam sekarang. Minda saya letih bila mendengar berita tentang rusuhan yg masih belum reda di Mesir. Yg hairannya mereka bergaduh sesama sendiri dan memusnahkan harta benda mereka. Memang boleh protes kalau berlaku ketidak adilan tetapi kenapa mesti ada yg cedera dan mati. Begitu murah harga nyawa mereka. Tak bolehlah mereka protes baik2 dan bawak berbincang. Lebih baik bergaduh di meja rundingan. Lawan lah habis-habisan. Lebih elok kalau ia secara teratur, berhujah dgn fakta dan bukti. Tak bolehkah wakil2 mereka berbincang dgn pihak yg diprotes. Asyik bergaduh dan tak aman je ni. Adakah makin hampir hari kiamat? Mungkinkah?

Aiskh...lega rasanya bila dan tulis ni.

Saya faham yg kita tak boleh nak selamatkan dunia Islam ni sorang2 atau dgn jemaah yg kecil tapi sekurang2nya marilah kita berdoa moga saudara-mara seislam kita segera mencapai kata sepakat. Moga Allah selamatkan dan lindungi orang2 Islam.

Dah lebih setahun mereka di Mesir ni memprotes. Eh..eh...cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar juga dah setahun saya kahwin. Saya semakin gembira dgn kehidupan ni. Alhamdulillah. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah. Moga kehidupan kami diberkati. Moga Allah kurniakan kami sebuah keluarga yg bahagia. Moga Allah kurniakan kami kebaikan dan keberkatan daripada perkahwinan ini. Moga kurniakan kami zuriat yang baik2.

Saya akan terus berusaha memperbaiki diri, insya-Allah. Terima kasih kat buah hati yg bersabar dgn kerenah saya selama setahun ni. Harap boleh terus bersabar dan bagi teguran dan tunjuk ajar kpd saya. Terima kasih juga kerana bawa saya 'dating' tadi. Seronok juga jalan2 cari makan sejuk2 ni. Ramai betul org kat bandar hari ni, masing2 'last minute christmas shopping'. Kami pun cuci2 mata jugak, tapi panjang betul 'queue' kat tempat membayar. Jadi kami lihat2, komen2 dan keluar kedai..hehe..Teringat musim perayaan di negara tercinta. Mana tahu tahun depan ada rezeki balik beraya. Mana tahu kan....

Wednesday, 14 December 2011

Rebutlah 5 Perkara itu

Saya sukakan perubahan. Jadi apa kata coretan saya kali ni adalah sebuah puisi. Saya menulis puisi ni semalam utk 'my internal editer' yg asyik terfikir kan tentang rebutlah 5 perkara sebelum munculnya 5 perkara - Muda sebelum Tua, Sihat sebelum Sakit, Kaya@Senang sebelum Miskin@Susah, Lapang sebelum Sempit dan Hidup sebelum Mati.


Seandainya hari ini hari terakhir kita
Agaknya apa reaksi kita
Adakah kita akan terus leka
Membazir masa dgn perkara yg sia-sia
Hasad dengki mengata
Mencari salah orang lain mengadu domba
Berburuk sangka

Seandainya kita tahu esok sudah tiada
Apa guna lagi harta, pangkat dan nama 
Semua itu bukan lagi rezeki kita
Lebih baik amalan utk kita bawa ke sana

Ingatan utk diri saya
Jadikan akhirat tujuan hidup yg utama
Bersihkan hati, bersihkan jiwa
Mantapkan iman ikhlaskan segala perbuatan keranaNya

Berbuat baik sesama kita
Semoga Allah redhai saya dan semua pembaca
Insya-Allah Dunia akhirat akan bahagia :)

Friday, 9 December 2011

Ku ingin jadi lebih solehah

Saya sungguh tertarik dgn alunan muzik lagu 'Solehah' ni. Ia begitu mesra didengar. Liriknya pun bagus. Dah beberapa kali saya mainkan hari ni. Saya suka dan suka....

Semoga ia memberi inspirasi kpd saya utk berusaha menjadi wanita solehah. Akan saya mainkan lagu sehingga ia jadi lagu biasa2 je.


Tuesday, 6 December 2011

Usaha..Usaha..Usaha..

Saya cukup kagum dgn peribahasa/frasa kata org Melayu.Contohnya 'kalau nak seribu daya', 'usaha tangga kejayaan', 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian'. Emm.. sungguh dalam makna peribahasa2 ni kan!

Kalau saya kenang2 zaman kanak2 saya yg penuh halangan dan kesukaran, ramai yg tak sangka saya dan adik-beradik boleh belajar sehingga ke menara gading. Saya masih ingat seorang jiran saya yg pernah memberi nasihat kpd saya supaya berhenti belajar. Mungkin baginya, saya perempuan, buat apa belajar tinggi sebab akhirnya akan ke ceruk dapur juga. Mungkin juga pakcik tu kesian tengok kami sekeluarga (kena sangka baik kan!).

Saya faham yg saya anak no. 2, saya ada ramai adik2 yg pun perlukan pembiyaaan pendidikan. Tapi abah saya tak pernah membayangkan kesukaran utk membiayai pendidikan kami, malah abah nak kami belajar sehingga ke menara gading. Thank you abah. Kalau abah saya tak pentingkan pelajaran kami, mungkin saya dah kena kahwin lepas 'A-Level'..hehe...

Impian abah saya adalah dia nak semua anak2nya berijazah. Alhamdulillah, impian abah saya menjadi kenyataan.

Walaupun sukar, semangat kami kental sungguh. Kami seronok baca buku walau hanya guna pelita. Tetapi saya hairan kenapa semangat sekarang saya tak sekuat dahulu. Kenapa saya mudah lemah dgn cubaan2 hidup seperti demam, sakit dan yg seumpanya. Kenapa saya jadi manja sgt. Adakah saya tertipu dgn bisikan dan hasutan virus 'M'. Tak boleh jadi ni. Saya nak jadi rajin belajar semula.

Allah bagi saya macam2 kemudahan. Alhamdulillah. Saya takde alasan utk tidak berjuang sehabis-habisan kali ni.

Saya perlu cari puncanya. Saya nak rasa 'eager' dan 'very keen' dgn perasaan yg berkobar2 utk mencapai kejayaan. Kalau boleh nak 'determination level' yg sama mcm masa saya remaja. This is my last stage of  formal education. I want to achieve it with a wow factor.

Saya hanya perlu kuatkan semangat dan tingkatkan usaha. Selebihnya serahkan kepada Allah Yg Maha Bijaksana. Mungkin 'visualising the ends' boleh membantu utk 'inject' semangat baru. Insya-Allah. Mudah2an hari esok saya lebih baik daripada hari ni.    Saya nak bersemangat kental seperti 'cute polar bear' ni...nampak cool je walau badan penuh dgn salji...:)

Monday, 5 December 2011

Bertambah Usia Semakin Kaya Pengalaman

Bercakap psl usia, dlm keluarga saya kami tak guna perkataan semakin tua tapi kami lebih suka guna semakin berpengalaman. Betul kan? Cuba fikir2kan setiap hari yg berlalu pasti ada pengalaman baru yg kita kutip. Kalau kita kehilangan sesuatu, pasti kita rasa sedih. Tapi sebenarnya kita semakin kaya, kaya dgn pengalaman baru.

Pengalaman2 itu elok kita simpan dan kenang baik2. Byk perkara yg kita perlu lalui baru kita faham. Kira hands-on lah. Saya mengaku yg saya jadi sgt 'curious' tentang pengalaman baru. Saya boleh habiskan berjam2 mencari maklumat mengenainya. Ada baik dan ada tak baiknya. Yg baiknya saya lebih kurang boleh 'anticipate' apa yg akan berlaku. Yg tak eloknya, minda saya tak dapat 'ignore all possible outcomes, including the negative ones'.

Saya faham yg 'what we think matters a lot' tapi saya tak cukup kuat utk menepis 'negative thoughts' pada pengalaman yg lepas. Nampaknya saya perlu 'oevrhaul' minda/mental saya supaya kuat. Saya nak 'reprogram' ia supaya fikirkan yg positif dan kejayaan shj. Mudah2an minda saya masih boleh dipulihkan. Anything is possible right! Insya-Allah, saya akan usahakan.

Rindu pulak pada pengalaman itu. Alhamdulillah, saya sudah ada pengalaman untuk dijadikan panduan dan pengajaran. Lepas ni saya akan lebih bersedia, insya-Allah. Sebenarnya tak sabar nak melaluinya lagi. Tapi ia bukan hak saya. Yg saya boleh buat adalah selesaikan tugas2 yg diamanahkan supaya saya boleh melaluinya semula dgn hati dan minda yg lebih tenang dan bersedia. Mudah2an Allah izinkan impian saya ini menjadi realiti.

Hati akan terus berharap dan yakin ia akan jadi kenyataan. Allah is The Best Planner. Mari kita hargai setiap saat dan apa yg kita ada. Sinar harapan akan memancar seperti sinar mentari di celah2 pokok ni :)