Raya
haji menjelma lagi. Ramai yang ambil peluang untuk balik kampung dan mungkin
ramai juga yang tak balik kampung sebab cuti tak cukup. Selalunya raya haji
disambut sederhana berbanding raya puasa walaupun sebenarnya ia juga hari
kebesaran umat Islam. Banyak yang tersirat dan tersurat dalam sambutan hari
raya.
Ia
juga dikenali sebagai hari raya korban. Kita berkorban sedikit wang kita untuk
sedekah daging korban kepada individu yang layak. Elok juga kita renungi
pengorbanan ibu bapa kita. Walau di mana dan dari mana kita dibesarkan, kita
berjaya atas pengorbanan ibu bapa dan keluarga. Cuba kita renung sikit akan
kesusahan ibu bapa kita membesarkan kita. Kalau kita dimurahkan rezeki, jangan
lupa pastikan ibu bapa juga dapat merasainya. Insya-Allah, rezeki kita akan
lebih murah dan hidup kita akan lebih diberkati Allah. Bukankan Allah SWT dan
Nabi kita menyuruh kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa, hatta kita dilarang
mengeluarkan kata ‘ah’ kepada mereka.
Ramai
yang sangat kasih dan sayang kepada ibu bapa mereka yang saya jumpa, hidup
mereka mudah dan sangat murah rezeki. Walaupun dah kahwin, tuntutan berbuat
baik kepada ibu bapa perlu dipenuhi selagi kita ada masa. Saya rasa ‘ibu bapa
adalah lubuk pahala’. Seandainya mereka masih ada, sayang dan kasih lah mereka.
Sabar dan layanlah apa sahaja kerenah mereka. Kerana sesungguhnya kebaikan nya
adalah untuk kita. Rezeki kita akan lapang, rezeki kita akan melimpah ruah dan urusan
hidup kita dipermudahkan. Tak perlu tunggu mereka minta bantuan, ‘be proactive’.
Selalu fikirkan apa yang mereka perlukan.
Kadang-kadang
mereka tak perlu wang ringgit. Rezeki mereka pun lebih daripada mencukupi untuk
keperluan harian mereka. Tapi sangat cantik dan beradab kalau kita tak lupa
menghulurkan sedikit wang tatkala bersalam-salaman sebagai tanda kita
menghargai mereka. Ucapkan kata-kata yang manis dan rendahkan diri kita di
hadapan mereka. Ia sedikit pun tak merugikan.
Malah
ia sangat menguntungkan. Pertama, rezeki kita akan Allah lapangkan. Kedua, hati
kita akan rasa bahagia. Ketiga, urusan kita Allah permudahkan. Keempat, kita
akan mendapat kasih sayang mereka yang bertambah-tambah. Banyak lagi bentuk
pulangannya dalam pelbagai bentuk seperti rumahtangga kita lebih bahagia etc.
Justeru
itu jom kita pulang ke kampung menjenguk ibu bapa kita. Ibu bapa mertua pun
mesti dilayan seperti ibu bapa sendiri. Kalau
mereka dah tak ada, rajin2lah doakan mereka dan sedekahkan ayat-ayat Al-Quran
untuk mereka. Mudah-mudahan kalau kita diberi rezeki zuriat, anak-anak kita pun
akan lakukan yang sama terhadap kita. Bukankah hidup ini ibarat pusingang roda.
Yang muda akan tua, yang tua akan semakin tua. Kalau kita bersikap buruk
terhadap mereka, takut2 nanti anak kita pun akan layan kita dgn buruk. Mudah-mudahan
Allah jauhkan ia dari menimpa kita.
Selamat
menyambut hari raya haji semua. Semoga ia dapat diraikan bersama keluarga
tercinta.