Monday, 23 April 2012

Segalanya ditentukan Allah

Saya sungguh gembira mendapat berita seorang rakan yg bertemu jodoh. Semoga Allah permudahkan urusan pernikahan beliau. Seorang yang baik jodohnya pun baik juga, insya-Allah. Moga berbahagia di dunia dan di akhirat.

Baru2 ni saya diberi rezeki berjalan2 ke negera asing, sebuah negara Islam. Sangat teruja melihat masjid berdiri dgn elegan nya di celah2 bangunan dan kawasan kediaman. Perasaan saya berbeza bila jalan2 di negara Islam. Walaupun ia negara asing, tapi saya rasa sungguh dekat di hati. Negara Islam memang best.


Wednesday, 11 April 2012

Doa

Macam2 pergolakan berlaku di merata dunia terutamanya di negera2 Islam. Kematian org2 Islam akibat pergelokan ni pun makin ramai.

Moga mereka ditempatkan di syurga. Mari kita berdoa semoga semua org2 Islam perolehi kejayaan di dunia dan di akhirat. Moga semua mendapat Allah rahmati kita dgn syurga yg kekal abadi.

Monday, 9 April 2012

Petua : Mengawal jerawat di bahu atau belakang badan

Saya sangat aktif bersukan sejak di bangku sekolah. Apabila masuk dunia remaja (selepas 15 tahun), saya mula mengalami masalah jerawat. Saya takde kakak jadi saya hanya merujuk kepada abang saya tentang masalah jerawat atau lebih dikenali sebagai ‘spotlight’ di muka. Belia akan melawak. Katanya ‘takpe ia menyerikan muka’.  Geramnya saya kat abg saya ni, buat lawak pulak...hehe..Tapi saya cuba pelbagai cara, muka saya tetap berjerawat. Kata abah saya, muka dia pun berjerawat masa muda. Mungkin abah saya nak redakan kerisauan saya. Sikap saya yg sgt berselera makan dan mungkin juga ‘hereditari’, muka saya asyik berjerawat saja. Apa2pun saya nasihat adik2 saya agar menjaga apa yg dimakan dan jaga kebersihan kulit muka sebaik mungkin agar masalah jerawat tak seserius saya.

Sekarang ni, jerawat hanya menjengah muka saya sekali sekala. Yelah, usia pun makin meningkat, hormon dah tak serancak masa 20an. Tapi jerawat masih muncul di belakang badan saya. Dalam tahun 2010, saya berjumpa doktor dan telah diberi antibiotik, kena makan selama tiga bulan. Namun, ia memberi kesan yg sgt minima.

Baru2 ni saya cuba guna pencuci mukan yg berformula khas utk atasi jerawat kat bahagian bahu dan belakang badan saya. Ia terlampau keras utk digunakan kat muka. Kulit manja, sensitif..hehe...Alhamdulillah, ia berkesan. Jadi, saya nak kongsi petua ni dgn org lain. Ia saya amalkan sendiri. Tak payah makan antibiotik2 ni. Cuci jer dgn pencuci muka khas ni. Apa2 jenama pun okey, saya rasa. Saya guna jenama neutregena. Negara kita kan panas, badan kita asyik berpeluh, kalau tak cuci kulit kita betul2, boleh jadi berjerawat. Cuba lah ya..

Saturday, 7 April 2012

Hati ku gembira jika...

Banyaknya nikmat yg Allah SWT kurniakan. Tiada alasan utkku mengeluh atau tidak terus berjuang melawan godaan nafsu dan kelemahan diri. Ku perlu lebih kuat semangat dan lebih tekun dalam melakukan kebaikan. Kadang2 ku tewas, rasa malas kadang2 dtg menjelma. Memang boleh bagi alasan...aaaahhh..'hormonal changes'. Tapi tak boleh berterusan begitu kerana bila masa dah berlalu, ia takkan kembali lagi. Rasa gusar juga memikirkan yg setiap saat ku akan dipersoalkan di sana nanti.

Bila diserang perasaan sebegini, selalunya akan ku baca blog2 yg boleh memberi pengajaran, blog tentang keagamaan dan kerohaniaan. Hatiku akan tersedar. Hatiku sudah tak gembira jika dihidangkan dgn kegembiraan keduniaan seperti muzik2 dan bahan2 material. Teringat suatu ketika dulu, bila 'tension' akan ku mainkan lagu2 yg sedikit rancak, bila takde semangat akan ku dgr lagu2 bermelodi indah. Tapi ia tak berkesan lagi. Sekarang ni hidangan seperti itu akan membuatkan hatiku lebih berserabut dan jiwaku tidak tenang dan semangat ku menurun.

Hati ku akan terkesan jika menghadiri majlis2 ilmu, jika dihidangkan dgn bacaan ayat-ayat suci Al-Quran,jika bertemu rakan2 kerana Allah, jika melihat2 keindahan alam ciptaan Allah, dan, jika melakukan sesuatu dgn ikhlas. Sungguh membahagiakan. Beberapa minggu lagu ku hadiri perjumpaan dgn rakan2 di tempat 'favourite' ku. Bukan buat apa pun, ku sertai kelas bahasa arab lepas tu saling bertanya2 khabar. Esoknya semangatku ditahap maksima, sehingga boleh menulis beribu2 patah perkataan. Harapnya kecenderungan kpd hal2 kerohanian tanda hatiku semakin baik..mudah2an ia bertambah baik. Semoga ku berjumpa insan2 yg berhati baik juga, sealiran, sehala tujuan. Mohon Allah jauhkan daripada bertemu individu berkawan kerana kepentingan peribadi.

Minggu lepas beberapa rakan2 ku pulang ke negara masing2. Teremosi sedikit tapi kami berjanji utk sentiasa mendoakan antara satu sama lain. Semoga kami bertemu di syurga. Ameen.