Saya tersenyum lebar lebar mendengar amanat boss of the boss. Katanya 'saya takkan layan org yang suka bercerita tentang keburukan org, pada saya org macam ni ada penyakit hati..'. Ia mengingatkan saya tentang insiden tahun 2011 yang saya dah lupakan. Tak disangka di belakang saya, rakan baik mengata saya dgn pelbagai tuduhan utk menguatkan hujah2nya dgn rakan saya yg sorang lagi. Saya dah maafkan dia tapi ia menjadi pengajaran yg besar buat saya. Sekarang, dia bukan lagi rakan baik saya seperti dulu. Dia hanya rakan biasa-biasa saja. Dia saya turunkan pangkat..hehe...
Memang benar peringatan rakan sekolah saya di saat kami berpisah utk melanjutkan pelajaran 'buat berbaik berpada-pada tau..' Dia tak mahu org ambil kesempatan atas kebaikan saya.
Bila kita tengok gelagat kaum kita, saya tak hairan kenapa kita masih tak semaju kaum lain. Rakan sebangsa kita suka dengki mendengki dan tak senang melihat org lain mendapat kejayaan. Padahal kepada siapa dan rezeki apa yg diperolehi adalah hak Allah. Kita hanya mampu berusaha.
Rezeki Allah luas, sebanyak mana yg org lain dapat takkan meluakkan rezeki kita. Yakinlah.
Jom kita sentiasa berlapang dada dan bergembira bila tengok org lain senang dan berjaya.
No comments:
Post a Comment