Thursday, 31 January 2013

Mulut oh Mulut

Saya tersenyum lebar lebar mendengar amanat boss of the boss. Katanya 'saya takkan layan org yang suka bercerita tentang keburukan org, pada saya org macam ni ada penyakit hati..'. Ia mengingatkan saya tentang insiden tahun 2011 yang saya dah lupakan. Tak disangka di belakang saya, rakan baik mengata saya dgn pelbagai tuduhan utk menguatkan hujah2nya dgn rakan saya yg sorang lagi. Saya dah maafkan dia tapi ia menjadi pengajaran yg besar buat saya. Sekarang, dia bukan lagi rakan baik saya seperti dulu. Dia hanya rakan biasa-biasa saja. Dia saya turunkan pangkat..hehe...

Memang benar peringatan rakan sekolah saya di saat kami berpisah utk melanjutkan pelajaran 'buat berbaik berpada-pada tau..' Dia tak mahu org ambil kesempatan atas kebaikan saya.

Bila kita tengok gelagat kaum kita, saya tak hairan kenapa kita masih tak semaju kaum lain. Rakan sebangsa kita suka dengki mendengki dan tak senang melihat org lain mendapat kejayaan. Padahal kepada siapa dan rezeki apa yg diperolehi adalah hak Allah. Kita hanya mampu berusaha.

Rezeki Allah luas, sebanyak mana yg org lain dapat takkan meluakkan rezeki kita. Yakinlah.

Jom kita sentiasa berlapang dada dan bergembira bila tengok org lain senang dan berjaya.

Wednesday, 16 January 2013

Petua kalau terkena bengkak dlm telinga - Oh Daun Sesudu

Dah dua bulan saya balik dari negara barat. Jauh perjalanan saya. Makan minum tidur semua terganggu sikit. Mungkin ia menyebabkan saya demam. Bulan lepas saya demam. Ia demam biasa - selsema, batuk dan demam, jadi saya cuba pelbagai petua dan rehat sepenuhnya. Alhamdulillah, saya kembali sihat. Bulan ni saya kena 'ear infection' pulak. Ia datang sekali dgn demam. Sakitnya sgt terasa sebab urat saraf ditelinga bersebelahan dgn otak. Bukak mulut sgt menyakitkan sampai keluar air mata. Tak tahan sakit, saya ke klinik. Keadaan saya agak teruk, katanya seorang doktor yg sungguh ayu dan lembut. Tanpa diminta saya diberi cuti rehat. Kena makan antibiotik, ubat alergi dan ubat demam/tahan sakit. Dgn kesakitan saya bukak jugak mulut utk makan dan makan ubat. Saya bersabar. Moga Allah ampunkan dosa2 saya.

Namun, saya terpaksa memandu ke tempat bertugas kerana dijadualkan menjaga 'exam' esoknya. Kalau boleh saya tak nak menyusahkan rakan2 yg standby. Saya jaga exam dgn mendapat sedikit kelonggaran daripada ketua. Alhamdulillah, dapat juga saya jalankan tugas yg diamanahkan.

Esoknya telinga sebelah satu lagi pulak bengkak. Mungkin akibat sejuk sgt dewan exam tu. Ubat saya dah habis. Ummi dan Abah saya cuba cara tradisional iaitu menggunakan daun pokok sesudu. Kata abah saya, 'ear infection' ni dipanggil bunting telinga. Dah dua mlm ummi memasukkan air daun ke telinga saya. Alhamdulillah, ia berkesan.

Kalau rakan2 terkena 'bunting telinga' ni cubalah, caranya adalah..

-ambil dua tiga helai daun sesudu
-layurkan di atas api supaya airnya keluar bila diperah nanti
-titiskan airnya ke dlm lubang telinga
-biarkan ia 2-3 saat
-keluarkan airnya

telinga kita akan rasa sejuk dan kurang sakit. cuba dua tiga kali. insya-Allah ia akan sembuh.

Bila kita sakit kita sgt memerlukan sokongan keluarga. Kita juga perlu bersikap positif. Fikirkan yg positif shj. Contohnya, saya akan lebih sihat selepas ni kerana badan saya telah membina satu lagi ketahanan badan. Tiada ada apa yg berlaku dgn sia2 kan....