dah lama saya tak menulis di blog ni. bukan tiada idea. cuma saya sekarang lebih banyak melayari internet menggunakna smart phone. boleh dibawa ke mana2. selalunya saya tak sure password utk login kat blog ni. kalau kat laptop, ia dah di 'save'.
kenapa saya nak mencoret tentang 'mental fight' hari ni? sebab saya sedang mencuba sedaya upaya utk 'fight my negative thoughts'.
alhamdulillah saya dilahirkan sebagai seorang yg 'postive minded'. saya bersyukur sgt2. mudah utk stay postive bila ia hanya melibatkan diri sendiri. agak mencabar bila ia melibatkan org lain.
bila saya terpaksa 'berperang dgn negative thoughts' ni? bila komunikasi 'is broken, failed or down'. banyak perkara yg saya nak tahu tapi tiada cara utk mengetahuinya kerana 'the other party' is of different specie. what i mean is jenis yg tak suka berkomunikasi. bila ditanya, tiada jawapan. saya suka berbincang tapi nampaknya it is impossible. geram jugak. tapi saya faham yg dia bukan saya. kita berbeza. itu yg buat hidup ni menarik. masa tu mcm2 bermain kat minda. pagi ptg siang mlm. masa mandi, makan, nak tidur, memandu, pendek cerita setiap masa. saya tidak menyukainya. saya tahu semua tu bisikan syaitan. saya perlu membenterasnya.
so whenever the negative thought flashes through my mind I will do the following,
-muhasabah dan koreksi diri, kita byk kelemahan yg boleh dibaiki, jgn fokus kat di other party, fokus kat diri kita sebab kita boleh kawal mcm kita nk memberi reaksi
-istigfar
-salawat atas Nabi kita
-baca ayat seribu dinar
-anggaplah ini dugaan Allah supaya kita lebih mengingatiNya
-mengadu dan luahkan segalanya hanya kpd Allah
alhamdulillah, the war is less frequent now.
I also learn that never try to please people as we may end up feeling frustrated and annoyed. Aim to please Allah, we will always feel blessed. I have also started to ask 'how do I feel now? what do I want from this? what about my rights? etc'.
kalau anda menghadapi hal yg sama, sila2lah cuba cara ni. Semoga Allah kurniakan kita kebahagiaan yang sebenar. ameen.
Friday, 5 July 2013
Monday, 1 April 2013
Buku favorite terkini
Dah
bulan April 2013 dah. Sungguh cepat masa berlalu. Kalau tak berlumba-lumba
berbuat kebaikan memang rugi lah. Nampaknya 4 hari lagi buku2 yg saya pinjam
dari perpustakaan akan ‘due’. Baru je berjaya habiskan buku yg ‘last’ tadi.
Alhamdulillah. ni yg buat saya seronok dgn profesion saya ni, saya boleh
habiskan masa membaca buku. Tapi buku2 ilmiah lah kan. Moga saya boleh kutip
panduan utk saya kongsi dgn anak didik saya. Kalau ada masa bacalah buku ni,
memang berbaloi.
‘Kisah
40 tokoh-tokoh islam yang disusun oleh H.Luqman Hakim’
Kisah
40 tokoh Islam yang ditulis dgn bahasa yang ringkas, padat dan mudah difahami
dgn gaya yang sangat santai memang sesuai utk kita jadikan bacaan. Kisah-kisah
ni boleh membakar semangat kita utk terus gigih mencintai Islam dan ilmu. Tahap
kesabaran mereka dalam mencari ilmu dan menyampaikan ilmu sgt tinggi. Saya sgt
teruja membaca coretan kata-kata Imam Shafii..
‘Siapa
mempelajari Al Quran akan tinggilah ilmunya. Siapa yg menulis hadis, kuatlah alasan
pendapatnya. Siapa yang suka membicarakan hukum fiqh akan menjadi pintar. Siapa
yang memperhatikan budi pekertinya akan menjadi orang yang baik dan halus. Siapa
yang banyak berhitung dan mempelajari ilmu hitung, pemikirannya akan
berkembang. Dan siapa yang tidak menjaga kehormatan dirinya, ilmunya tidak akan
berguna sama sekali.’
Jom
kita renung2kan.
Sunday, 17 March 2013
Petua Badan Cergas
senang saja. bila bangun pagi buat sedikit regangan. kejap jer 5-10 minit sahaja. Regangkan kepala, lengan, bahu, pinggang dan kaki. insya-Allah, anda akan rasa lebih cergas. Badan kita pun perlukan warm up.
Thursday, 31 January 2013
Mulut oh Mulut
Saya tersenyum lebar lebar mendengar amanat boss of the boss. Katanya 'saya takkan layan org yang suka bercerita tentang keburukan org, pada saya org macam ni ada penyakit hati..'. Ia mengingatkan saya tentang insiden tahun 2011 yang saya dah lupakan. Tak disangka di belakang saya, rakan baik mengata saya dgn pelbagai tuduhan utk menguatkan hujah2nya dgn rakan saya yg sorang lagi. Saya dah maafkan dia tapi ia menjadi pengajaran yg besar buat saya. Sekarang, dia bukan lagi rakan baik saya seperti dulu. Dia hanya rakan biasa-biasa saja. Dia saya turunkan pangkat..hehe...
Memang benar peringatan rakan sekolah saya di saat kami berpisah utk melanjutkan pelajaran 'buat berbaik berpada-pada tau..' Dia tak mahu org ambil kesempatan atas kebaikan saya.
Bila kita tengok gelagat kaum kita, saya tak hairan kenapa kita masih tak semaju kaum lain. Rakan sebangsa kita suka dengki mendengki dan tak senang melihat org lain mendapat kejayaan. Padahal kepada siapa dan rezeki apa yg diperolehi adalah hak Allah. Kita hanya mampu berusaha.
Rezeki Allah luas, sebanyak mana yg org lain dapat takkan meluakkan rezeki kita. Yakinlah.
Jom kita sentiasa berlapang dada dan bergembira bila tengok org lain senang dan berjaya.

Wednesday, 16 January 2013
Petua kalau terkena bengkak dlm telinga - Oh Daun Sesudu
Dah dua bulan saya balik dari negara barat. Jauh perjalanan saya. Makan minum tidur semua terganggu sikit. Mungkin ia menyebabkan saya demam. Bulan lepas saya demam. Ia demam biasa - selsema, batuk dan demam, jadi saya cuba pelbagai petua dan rehat sepenuhnya. Alhamdulillah, saya kembali sihat. Bulan ni saya kena 'ear infection' pulak. Ia datang sekali dgn demam. Sakitnya sgt terasa sebab urat saraf ditelinga bersebelahan dgn otak. Bukak mulut sgt menyakitkan sampai keluar air mata. Tak tahan sakit, saya ke klinik. Keadaan saya agak teruk, katanya seorang doktor yg sungguh ayu dan lembut. Tanpa diminta saya diberi cuti rehat. Kena makan antibiotik, ubat alergi dan ubat demam/tahan sakit. Dgn kesakitan saya bukak jugak mulut utk makan dan makan ubat. Saya bersabar. Moga Allah ampunkan dosa2 saya.
Namun, saya terpaksa memandu ke tempat bertugas kerana dijadualkan menjaga 'exam' esoknya. Kalau boleh saya tak nak menyusahkan rakan2 yg standby. Saya jaga exam dgn mendapat sedikit kelonggaran daripada ketua. Alhamdulillah, dapat juga saya jalankan tugas yg diamanahkan.
Esoknya telinga sebelah satu lagi pulak bengkak. Mungkin akibat sejuk sgt dewan exam tu. Ubat saya dah habis. Ummi dan Abah saya cuba cara tradisional iaitu menggunakan daun pokok sesudu. Kata abah saya, 'ear infection' ni dipanggil bunting telinga. Dah dua mlm ummi memasukkan air daun ke telinga saya. Alhamdulillah, ia berkesan.
Kalau rakan2 terkena 'bunting telinga' ni cubalah, caranya adalah..
-ambil dua tiga helai daun sesudu
-layurkan di atas api supaya airnya keluar bila diperah nanti
-titiskan airnya ke dlm lubang telinga
-biarkan ia 2-3 saat
-keluarkan airnya
telinga kita akan rasa sejuk dan kurang sakit. cuba dua tiga kali. insya-Allah ia akan sembuh.
Bila kita sakit kita sgt memerlukan sokongan keluarga. Kita juga perlu bersikap positif. Fikirkan yg positif shj. Contohnya, saya akan lebih sihat selepas ni kerana badan saya telah membina satu lagi ketahanan badan. Tiada ada apa yg berlaku dgn sia2 kan....

Subscribe to:
Comments (Atom)