Monday, 20 August 2012

2 Syawal 1433H


Hari ni hari raya ke-2 di perantauan. Sungguh seronok melihat saudara mara dan sahabat handai beraya di tanah air. Percaya atau tidak saya tertunggu2 gambar2 raya di facebook padahal saya tidak begitu menyukai alam maya sosial ni. Saya lebih suka reality, bersua muka baru seronok. Agaknya saya merindui suasana beraya di negara sendiri. Kami menyambut hari raya secara sederhana sahaja. Masa kecil2 dulu, kalau abah tak sihat, kami beraya kat rumah jer. Memang tak de mood nak beraya kalau ayahanda terbaring. Abah pemangkin suasana ceria sebab beliau suka mengusik ummi dan melawak dgn anak2. Tahun ni, abah tak berapa sihat juga, sakit pinggang katanya. Tapi saya tak risau sgt sebab abah masih boleh melawak. Saya berdoa moga Allah kurniakan abah dan ummi kesihatan yg agar mereka dapat terus beribadat kepada Nya.

Bila difikir2kan kita sgt bertuah kerana masih boleh beraya dgn aman damai. Sedih bila memikirkan saudara mara di Myanmar, Palestine, Afghanistan, Syria, Iraq dan negara-negara Islam lain. Saya tercari2 rahsia dan formula bagaimana rakyat negara bukan Islam boleh buat mcm2 aktiviti. Negara mereka tidak bergolak, aman damai sahaja sehingga mereka boleh ‘adventure into’ hal2 yg ‘beyond basic matters’. Rakyat negara Islam masih ‘struggle’ utk ‘survive’. Sungguh tinggi cabaran dan ujian org Islam. Semoga org2 Islam bersatu-padu, berbaik2 dan sentiasa tolong menolong. Walau apa yg berlaku kita tetap yakin yg Islam akan tertegak dgn seteguh2 di muka bumi ni, insya-Allah. Mari kita bantu setakat yg terdaya sambil terus berdoa moga pertolongan Allah sampai kpd saudara mara kita yg sedang diuji.  Saya sgt yakin kalau kita menghayati ajaran Islam dgn baik, hidup kita akan mudah dan dirahmati, insya-Allah. Moga kita tak terleka dgn keamanan dan nikmat yg Allah bagi. Bak kata abah saya ‘dunia dah makin hampir ke penghujungnya’. Jom bersiap sedia. 


Wednesday, 15 August 2012

Salam Lebaran

Ramadhan dah hampir ke penghujungnya. Semoga ada rezeki bertemu bulan yg mulia ni lagi. Sangat berharap Allah terima segala amalan kita.