Thursday, 2 February 2012

Kegembiraan

Saya menulis nie sambil mendengar slot pengisian oleh Ustaz Zahazan di Radio IKIM, kebiasaan yg saya gemari sebelum zzz. Malam ni, topiknya adalah kegembiraan. Saya terfikir bila kah kali terakhir saya rasa gembira yg betul2 gembira. Kira 'genuine happiness'. Lama dah rupanya. Saat saya paling gembira selain saat mengucup 'hajaral aswad' adalah ketika saya berjaya tamat pengajian sarjana saya dgn kepujiaan. Kenapa ia saat yg paling menggembirakan? Kerana program sarjana ni sangat intensif. Sgt mencabar. Bebanan pengajian begitu mencabar sehingga saya mengalami 'low blood pressure' kerana tak cukup rehat. Jadi bila saya lulus, tak terucap betapa  terharu dan bersyukurnya saya kpd Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Penyayang. Mesejnya utk saya adalah usaha sedaya upaya, lagi susah dan mencabar utk mendapatkannya semakin tinggi tahap nikmat kegembiraan bila Allah izinkan kita berjaya. Allahu Akbar.

Lagi satu, saya teringat kata2 penceramah motivasi. Mengenang saat2 gembira seperti itu sgt berkesan utk menghilangkan kerungsingan atau rasa sedih. Penting ni sebab org pompuan ni kadang2 boleh tiba2 sedih tanpa sebab (hormonal changes).

Bila pula kita rasa hidup ni 'stress and worry free'? Masa kita budak2 kan, boleh main satu hari, tak pernah rasa penat dan rungsing. Oleh itu elok jugak kalau sekali sekala kita kenang 'our childhood best moments', atau kita jugak boleh bayangkan muka kanak2, mereka nampak sungguh tenang kan!

Oops..Ustaz dah tutup slotnye dgn mengingatkan kita supaya jgn terlalu gembira sampai lupa dunia..hehe...

No comments:

Post a Comment