Thursday, 27 October 2011

Islam itu Terbaik

Kadang-kadang bila kita jumpa individu yang begitu suka mengikut cara barat, saya terfikir..mengapa? Mengapa kita tolak tepi cara hidup Islam, padahal ia yg terbaik. Allah yang menciptakan kita dan hanya Allah sahaja yg tahu apa yg paling sesuai utk kita.

Dalam Islam yg paling lengkap ni, ada panduan utk setiap perkara. Mengapa kita tak belajar dan kaji? Kenapa gundah gulana utk mengetahuinya? Adakah risau kalau tak amalkan bila dah tahu? Dan takut ia mengongkong kehidupan kita..emmm..

Lapang atau sempit hidup kita nie bergantung juga kpd cara kita melihat sesuatu. Kalau kita rasa rumah yg kecil, keta yg kecil itu cukup lapang, lapanglah jadinya.

Tentang rezeki, hanya Allah yg menentukan lapang atau sempit. Hak Allah utk mengurniakan sesape nikmat. Siapa kita nak persoalkan atau berasa iri hati..aiskh..kalau ada rasa jeles tu..ada penyakit hati tu, cepat2 cari ubat.

Jadi, kenapa tak istiqamah memperbaiki hubungan kita dgn Allah, murnikan ibadat2 kita, perbanyakkan amalan2 soleh, jaga hubungan sesama kita. Selagi mampu sabar, sabar je lah dgn karenah manusia. Tak berbaloi nk masam2 muka sesama Islam. Nasib kita di sana belum tentu lagi. Jadi, mari lakukan yg terbaik dan termampu mungkin.

Yakinlah cara islam itu yg terbaik. Allah tahu setiap perkara yg kita buat, apa yg kita fikirkan, pendek kata segala2nya. Buat apa nak tunggu2. Kita hanya ada hari ini dan saat ini. Esok belum tentu lagi kan...

Islam is the best...:). Selamat Menyambut bulan Zulhijjah dan eidul adha yg bakal tiba. Moga umat Islam semakin mantap.

Wednesday, 19 October 2011

Kata2 yg Penuh Makna

Sabtu lepas kami hadiri ceramah Sheikh Ibrahim. Hati saya sungguh seronok mendengar setiap patah perkataan yg megingatkan diri tentang Allah SWT. Terima kasih kepada suami yg sudi bawa saya dgr ceramah. Terima kasih daun keladi, lain kali bawa lagi..:)


Sorang kawan 'share' sajak nukilan Sheikh di fb dan dgn gembiranya saya 'share' di sini. Senang nak 'revisit in the future'.




Mengecapi Air Kebahagiaan Hakiki
---------------------------------------
Jika engkau ingin kebahagiaan
Carilah dalam diri sendiri
Hapuskan segala belukar pada jiwamu
Hulurkan tanganmu untuk sebuah cinta
Luaskan jiwamu dengan lautan kemaafan
Tanamkan sedalamnya nafsu kesombongan di bumi kerendahan
Telanlah kepahitan dengan kesabaran
Hilangkan kebimbangan dengan tawakal
Pecahkan dengkimu dengan syukur
Padamkan kekecewaan dengan kerahmatan
Tutuplah sejarah hitam, melangkahlah ke arah ar-Rahman
Ubatilah kegagalan dengan hikmah
Ketakutan hendaklah dihapuskan dengan keberanian
Cinta mu serahkan pada Allah dan Rasul
Hidupkan keikhlasan dalam jiwamu
Pasti mengalir dalam jiwa, air kebahagiaan dari Tuhanmu!

Bingkisan Cinta
dari Glasgow, Scotland

http://walidalmalik.blogspot.com/

Saturday, 15 October 2011

Ilmu - luasnya

Seronok dgn pengisian rohani petang tadi. Alhamdulillah. Byk lagi yg perlu dipelajari.

Thursday, 13 October 2011

Membina Mahligai

Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan yg tinggi. Lihatlah bapak burung ni..dah lebih 50% siap rumahnya.

Sunday, 9 October 2011

Visual Yg Berimpak

Rutin hujung minggu saya banyak berubah. Walaupun saya agak 'reluctant' tapi saya akur dgn perubahan ini. Hidup perlu ada perubahan kan. Hati meronta2 jugak nak berjalan santai2 dari satu kedai ke satu kedai - 'retail therapy'. Namun saya dapat rasakan ia 'the right thing'. Kadang2 bila perjalanan ke univ. sgt lancar..yelah lampu isyarat asyik hijau je, terasa pulak diri ini diredhai..iskh..iskh..perasan pulak..hehe..tapi serius ni saya harap walau saya byk kelemahan, saya diredhai suami. Kalau masa bujang, saya dambakan redha abah ummi. Dah kawin ni redha 'my Mr Right' la pulak kan..hehe..

Bila dok sorang2 kat rumah ni, byk masa utk saya berfikir. Mana taknya, saya pandang dinding, dinding pandang saya...hehe..fikiran mula la melayang ke sana ke mari. Maklumlah, dinding rumah saya kosong je. Suka hati saya la nak 'visualise' apa kan. Minggu ni saya suka 'visualise' wajah dua insan yg saya sayangi. Ummi dan Mak. Bahagia nya bila membayangkan  wajah-wajah mereka. Saya kagum dgn kasih sayang dua bonda saya ni.

Saya sentiasa rasa sgt 'special' bila bersama ummi. Kasih sayangnya tiada syarat. Tiada batas. Saya yakin setiap adik beradik saya akan rasakan perkara yg sama. Ummi sentiasa menyokong saya, apa sahaja. Tak pernah pun ummi berkata 'jangan atau tidak boleh'. Masa kecik2 saya masih ingat hangatnya cubitan ummi kalau saya nakal..hehe...tapi ummi tak pernah mengeluarkan kata2 yg melemahkan semangat atau mencuit emosi kami. Hanya cubitan sahaja utk menunjukkan apa yg kami buat itu kurang sesuai. Bila dah besar, takde lagi cubitan. Bila mengadu, ummi akan sentiasa 'look at the bright side'. Sekarang saya tahu dari siapa saya dapat sikap 'positive-minded' ni..perasan lagi...hehe

Mak pula, walau saya baru je muncul dlm hidup mak, tapi saya tak rasa yg mak layan saya lain. Wajah mak cukup tenang. Ia boleh jadi sumber penyejuk mata dan hati. Saya yakin mak juga penuh kasih sayang. Masih ingat lagi satu hari tu saya bangun lambat. Mak tak menunjukkan rasa tak senang langsung. Saya terharu bila mak kata 'cuaca hujan macam pagi ni memang susah sikit nk bangun'. Very understanding. Jujurnya saya banyak berdoa kepada Allah moga mak dapat terima saya dgn baik. Saya agak risau sebab saya tak pandai 'bodek' atau berkata2 manis. Masak pun tak pandai. Allah Maha Mendengar, mak baik dan saya yakin mak memang sangat baik.

Beruntungnya saya...Alhamdulillah. Thank you Ya Allah. Banyak sungguh nikmat yg saya dapat. Saya ingin jadi manusia yg lebih bersyukur, lebih bertaqwa. Pendek kata saya nak jadi lebih baik. Insya-Allah.

Thursday, 6 October 2011

Ringkas

Hari ni saya nak kongsi satu pesanan ringkas seorang sahabat yg sangat2 saya hormati. Katanya 'apa shj yg kita buat, lakukannya kerana Allah'. Insya-Allah, kita takkan 'give up' utk berbuat baik. Kita juga akan rasa bahagia walaupun jasa kita tidak dikenang atau dihargai org.

Pada pandangan saya, ia antara rahsia utk hidup tenang dan bahagia. Tak kira apa reaksi org terhadap kita, apa persepsi dan tanggapan orang, ia tidak menjejaskan tahap keceriaan dan ketenangan kita kalau kita sentiasa 'ingatkan' diri hidup kerana Allah. Dalam hidup ni kita akan berjumpa pelbagai jenis manusia dgn pelbagai ragam yg kadang2 boleh memeningkan kepala dan mengusutkan hati kita. Yelah, manusia dgn macam2 tafsiran dan telahan mereka. Suka hati je kan. Sabar je lah. Apa2pun., jangan pening2, ingat Allah dalam setiap hal. Mudah2an kita sentiasa dalam perlindungan dan pembelaan Allah. Saya yakin kalau kita buat baik, Allah balas baik, vice versa. Tak usah harap balasan manusia.

Tuesday, 4 October 2011

Naikkan Semangat

Alhamdulillah, saya dah jumpa cerita yg boleh menaikkan semangat. Biasalah, saya insan biasa, semangat turun naik bagai air laut. Hari ni, saya rasa agak 'down', entah la kenapa. Mungkin sebab saya dah 'behind schedule'. Rasa bertimbun2 benda nak buat.

Jadi, saya 'browse' internet sekali sekala petang nie, sambil2 buat analisa. Terjumpa berita yg membuatkan saya tercas semangat dalam harian kosmo..hehe..Kisah seorang graduan PhD yg berusaha bersungguh2 walaupun serba serbi kekurangan sehingga berjaya mendapatkan PhD. Maknanya, semua orang boleh berjaya kalau berusaha dgn sabarnya (of course sambil berdoa dan bertawakkal). Usaha, Cekal, Sabar...Nak tahu lebih lanjut, baca berita nie :)

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

okey..okey..insya-Allah, saya nak berusaha dgn lebih gigih.