Monday, 18 April 2011

Rezeki – cukupkah? Hati – bahagiakah?

Sudah lumrah manusia inginkan pangkat, harta, dan anak-anak yang banyak. Ramai yang bekerja siang dan malam untuk mengumpul kekayaan. Tetapi adakah hati mereka bahagia? Kehendak manusia selalunya tidak berbatas. Semua ingin dimiliki. Alangkah beruntungnya mereka yang hati nya tidak terikat dengan harta dunia. Saya cemburu dengan rakan-rakan yang Allah kurniakan harta dan kesenangan hidup tetapi kesenangan dan nikmat yang mereka kecapi itu membawa mereka lebih dekat dengan Allah. Semakin kaya mereka semakin tunduk dan tawadhuk, cukup merendah diri dan semakin murni tutur-kata dan akhlak mereka. Pada pandangan saya mereka ini sungguh bahagia.

Saya masih ingat kenangan semasa mula-mula bekerja dahulu. Terlalu panjang senarai harta yang saya hendak beli. Semestinya gaji yang saya perolehi tidak mencukupi. Tetapi rakan serumah saya yang hanya bekerja di tadika, bergaji RM350, mampu untuk membeli macam-macam hadiah untuk ibu bapanya di kampung dan beliau sentiasa kelihatan gembira dan bahagia. Begitu berbeza dengan saya yang bergaji beribu ringgit tetapi selalu merasakan duit saya tidak cukup.

Apakah rahsia rakan serumah saya ini? Belia tidak mempunyai sumber pendapatan yang lain. Masanya dihabiskan dengan di tadika, mendidik kanak-kanak yang baru hendak mengenali dunia. Dengan penuh kesabaran beliau melayan anak-anak didiknya. Melalui pemerhatian saya, rezeki beliau berkat. Belia tidak berkira masa dan wang. Tidak pernah merungut sekiranya terpaksa bekerja lebih masa menunggu anak-anak yang ibu bapa mereka lewat jemput di tadika. Jadi rahsianya  adalah berkat. Rezeki yang berkat akan sentiasa cukup. Semenjak saat itu, saya berusaha untuk memperbaiki hubungan diri dengan Allah dan bekerja dengan  lebih tekun dan ikhlas. Terasa impaknya kerana selepas itu saya merasakan rezeki saya sentiasa cukup. Sebenarnya tidak rugi bekerja lebih daripada yang dituntut majikan. ‘Reward’ akan kita perolehi dalam pelbagai bentuk. Salah satu daripadanya adalah hati yang bahagia, kecukupan wang dan kehidupan yang selesa. Ketika itu baru lah saya faham kenapa abah saya sentiasa menasihati kami, anak-anaknya supaya memastikan rezeki kami berkat. Katanya biar sedikit asalkan berkat. 

2 comments:

  1. Assalam Syifa,
    That's so true. Rezeki yang berkat, dengan limpahan rahmat.
    "Jika engkau bersyukur maka Aku tambahkan rezeki
    jika engkau kufur... sesungguhnya azabKu amat pedih" Surah Ibrahim, ayat 7

    " If you offer thanks, I WILL give you more!
    and if are ungrateful, my punishment is very stern."

    ReplyDelete
  2. Wa'alaykom salam

    Ita, thank for the comment, betui tu, kalau kita ingat yang segala yang kita ada semuanya hak Allah, kita akan sentiasa bersyukur, insya-Allah.

    ReplyDelete