Suatu hari anda melihat rakan sekerja anda memakai cermin mata hitam di pejabat. Anda rasa hairan. Apabila diselidik, rakan anda itu terkena sakit mata.
Sakit mata ni berjangkit. Seandainya ada antara ahli keluarga terkena sakit mata, kebarangkalian ahli keluarga lain terkena sakit ni sangat besar. Kulit merupakan sistem pertahanan pertama badan kita daripada serangan virus, bakteria dan organisma yang berada di udara. Mata, antara anggota badan yang tidak berkulit. Jadi ia terdedah kepada serangan-serangan virus tersebut.
Mengikut cerita rakan-rakan, sakit mata sangat sukar. Anda akan rasa seakan-akan urat-urat di sekeliling mata bengkak, rasa sangat sakit jika tunduk dan bangkit seperti sujud, rukuk ketika solat. Tetapi usah gusar terdapat beberapa petua yang anda boleh buat untuk meredakan sakit ni dan merawatnya.
1. Rendam mata dgn air garam petua org cina
2. Rendam mata dgn air zam-zam
3. Titiskan susu ibu ke dalam mata
Ulang mana-mana cara yang anda suka sehingga sakit mata anda pulih. Jangan lupa baca al-fatihah, salawat dan berdoa mohon penyembuhan daripada Allah SWT.
Selamat mencuba :)
Tuesday, 26 August 2014
Monday, 25 August 2014
Gajet oh gajet: love and hate relationship
Hampir setahun lebih tiada coretan baru di blog saya ni. Sejak balik ke tanah air terchenta ni macam-macam urusan perlu dibereskan. Beberapa dugaan ditempuhi, beberapa pengorbanan perlu dibuat. Akhirnya saya dapatu juga bertukar tempat kerja atas sebab peribadi. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kepada Allah.
Saya berazam untuk lebih kerap menulis di blog ni. Ini satu latihan untuk saya kembali mendapatkan momentum menulis. Saya suka menulis. Cabarannya adalah menjadikan menulis satu kebiasaan. Kalau mahu seribu daya, in sha Allah.
Hari ni saya nak menulis tentang gaya hidup zaman kini, khususnya hidup di zaman gajet. Kalau kita perhatikan rata-rata orang mempunyai telefon pintar. Cuba lah pandang ke kiri dan kanan kita ketika di tempat awam atau majlis-majlis rasmi, pasti ada telefon pintar ni di tangan mereka. Ia dah manjadi trend kehidupan kini. Ia tak salah. Tapi ia akan membawa banyak masalah berkaitan hubungan di alam nyata terutamanya dengan ahli keluarga sekiranya gajet menguasai seluruh kehidupan kita.
Saya ada terbaca penemuan sebuah 'research' iaitu individu yang terlalu banyak menghabiskan masa senggang dengan gajet: kehidupan di alam maya seperti whatsapp, facebook, tweeter dan sebagainya, akan merasa tidak puas dengan kehidupan di alam nyata. Individu ini akan lebih merasakan kehidupan di alam nyata ini serba kekurangan dan tak kena. Ini tidak baik untuk institusi kekeluargaan.
Kemudahan alam siber tidak salah. Ia membantu kita mendapatkan maklumat dengan pantas dan cepat. Kita boleh mengikuti isu-isu semasa dengan lebih mudah tanpa batasan dan kekangan masa dan tempat. Tapi biarlah ia berpada-pada. Jangan sampai kita mengabaikan meluangkan masa berinteraksi secara nyata dengan ahli keluarga.
Saya terkenang zaman kami membesar tanpa gajet. Abah dan ummi sentiasa meluangkan masa beraktiviti dengan kami. Kami berborak-borak santai semasa makan pagi, tengah hari, petang dan malam. Macam-macam perkara yang disembangkan. Abah menjadikan perbualan dan aktiviti sebagai medium mengajar dan mendidik kami tentang kehidupan, tentang misi dan visi sebenar hidup ini, tentang nilai dan kepentingan hidup bertunjangkan nilai agama. Ummi akan bercerita untuk menyampaikan mesej yang berguna tentang kehidupan. Kami jadi begitu rapat. Ia cara yang paling efektif mendidik anak-anak kerana sehingga kini, ketika abah sudah tiada di sisi kami, kami masih teringat kata-kata nasihat dan ajaran abah. Ini mungkin sudah jarang diamalkan dalam kehidupan zaman bergajet ini. Saya sangat bersimpati dengan anak-anak yang membesar tanpa sentuhan nyata ibubapa.
Semoga kita menyedari pentingnya usaha ke arah mengukuhkan ikatan kekeluargaan secara nyata. Janganlah kita terlalu asyik dengan alam maya ini. Sekiranya ia tak dikawal, besar kemungkinan generasi yang lemah nilai akan semakin ramai dan berjayalah agenda musuh-musuh Islam kerana generasi yang rapuh ikatan kekeluargaan adalah lemah dan mudah dipengaruhi dan dikuasai. Moga Allah pelihara kita dari ancaman yang sedemikian.

Subscribe to:
Comments (Atom)