Walaubagaimana sekuat mana semangat dan setinggi mana tahap motivasi kita, kadang-kadang kita merasa sedih apabila gagal mencapai apa yang kita usahakan. Sekiranya usaha itu hanya melibatkan kita sahaja, ia lebih mudah untuk dilalui. Saya masih ingat pepatah Inggeris yang bermaksud, kalau usaha kita sama, jangan mengharapkan hasil yang berbeza. Jadi, selalunya saya akan kaji apa yang silap untuk saya perbaiki. Ia memerlukan kesabaran dan setakat ini saya bersyukur kerana akhirnya Allah izinkan saya mencapai apa yang saya impikan. Selalunya bila berjaya saya akan renungi kegagalan saya, dan saya dapati ada hikmah di sebalik kegagalan itu. Bila menyedarinya, saya akan berasa malu dengan Allah kerana begitu kecewa, sedih dan berduka-lara semasa gagal. Berdasarkan pengalaman, saya faham yang saya tidak perlu gusar bila gagal kerana saya hanyalah hamba-Nya yang tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan saya. Sebenarnya Allah hendak bagi saya yang terbaik, pada masa yang terbaik dan keadaan yang paling baik untuk saya berjaya. Sesungguhnya Allah menyanyangi kita lebih daripada ibubapa kita sendiri. Bila saya bayangkan bagaimana abah dan ummi saya sayang saya, saya tidak boleh nak gambarkan sayang Allah itu. Justeru itu, saya terima dan redha dengan sebarang kegagalan. Yang penting, saya perlu bersabar, kuatkan semangat dan terus berusaha.
Namun begitu, apabila ia melibatkan insan lain, saya dapati impak kegagalan itu agak sukar untuk saya lalui. Tambahan pula sekiranya punca-punca kegagalan diletakkan di atas bahu saya. Hati saya akan merasa sungguh sedih kerana ia terpaksa menanggung beban kegagalan yang berganda-ganda. Saya pula tidak terbiasa menunding jari kepada orang lain. Jadi, bagaimana saya hendak memujuk hati ini supaya terus tabah dan tidak berputus-asa, supaya kembali berbunga-bunga gembira dan ceria Caranya hanya satu, iaitu mengadu kepada Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Hanya kepada Allah, saya berharap. Saya yakin Allah sentiasa mendengar dan membantu saya, ALWAYS, ALL THE TIME, insya-Allah.
Food for Thought: Take plenty of time to count your blessings, but never spend a minute in worry. Blessed is the man who is too busy to worry in the daytime, and too sleepy at night. Anxiety springs from the desires that things should happen as we wish rather than as God's will
Food for Thought: Take plenty of time to count your blessings, but never spend a minute in worry. Blessed is the man who is too busy to worry in the daytime, and too sleepy at night. Anxiety springs from the desires that things should happen as we wish rather than as God's will
